Usul tergempar penahanan Adun PR bawah ISA

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Pakatan Rakyat

WAKIL Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membantah penahanan berlanjutan seorang rakan mereka M Manoharan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Usul tersebut dijangka dibawa oleh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Wen Sang, petang ini. (Live Parlimen)

M Manoharan, yang menang atas tiket DAP di kerusi Kota Alam Shah, kini ditahan di kem Kamunting, Taiping sejak Disember lepas.

Aturan mesyuarat DUN hari ini memuatkan usul, antaranya, yang berbunyi:

“Bahawa dewan ini mengkritik penahanan Yang Berhormat M Manoharan dari Kota Alam Shah dan aktivis Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) yang lain serta menggesa Kementerian Dalam Negeri agar membebaskan semua tahanan ISA.”

Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu. - Malaysiakini

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply