Kerajaan tidak serius baiki mutu universiti

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: 27 Mei: Menteri pengajian tinggi dituduh tidak serius untuk meningkatkan kualiti universiti tempatan apabila menjawab secara sambil lewa soalan seorang wakil pembangkang berhubung kaedah pemilihan naib canselor.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menimbulkan rasa tidak senang Tony Pua sewaktu menjawab secara ringkas soalan bertulisnya mengenai kedudukan naib canselor Universiti Malaya (UM) selepas ia terus merosot dalam pemeringkatan universiti dunia.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata jawapan Mohamed Khaled itu menunjukkan menteri berkenaan memandang enteng soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat.

“Jawapan tersebut betul-betul menimbulkan rasa kecewa kerana ahli parlimen tidak lebih ‘jelas’ berhubung proses pemilihan naib canselor berbanding sebelum soalan itu dijawab,” menurut laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Tony.

Perkhidmatan Datuk Rafiah Salim sebagai pemimpin UM disambung enam bulan lagi dari awal Mei sehingga 7 November walaupun kedudukan institusi pengajian tinggi tersebut dipertikaikan banyak pihak.

Rafiah dilantik menggantikan Datuk Profesor Dr Hashim Yaacob dua tahun lalu untuk menangani masalah kemerosotan kualiti dan kedudukan mutu UM.

Bagaimanapun, kedudukan UM terus merosot dalam pemeringkatan Times Higher Education Supplement (THES): dari tangga 169 pada 2005 (ketika diambil alih Rafiah) kepada 192 pada 2006 dan tangga ke-245 tahun lalu.

UM juga masih belum tersenarai dalam pemeringkatan 500 universiti terkemuka dunia yang disediakan oleh Universiti Shanghai Jiaotung.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply