Ketua Pembangkang desak kerajaan bebaskan tahanan ISA tanpa syarat

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

SESI soalan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini tergendala hampir setengah sejam apabila beberapa wakil rakyat sering mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Gangguan ini menyebabkan soalan pertama dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa anggota parlimen termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) terus membangkitkan lagi soal peraturan mesyuarat sehingga mendorong yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulang kali meminta mereka duduk untuk meneruskan sesi soal jawab.

Setelah hampir sejam kemudian, barulah soalan kedua dapat diteruskan.

Keseluruhannya hanya tiga soalan dapat dijawab setelah tempoh sesi soal-jawab selama satu setengah jam berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Persidangan bermula dengan pengumuman pelantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang.

Sesi pertama sidang pertama penggal ke-12 disiarkan secara langsung di RTM 1, satu langkah baru selepas pembangkang meraih jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah pilihanraya umum.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Dr Wan Azizah mendesak kerajaan membebaskan tanpa syarat tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau membicarakan mereka dalam mahkamah terbuka.

Beliau berkata sejak digubal pada 1960, ISA telah menjadi alat paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa dibicarakan di mahkamah.

“Akta ini telah menyekat kebebasan individu, meningkatkan kuasa eksekutif, melemahkan kuasa mahkamah daripada menyemak sebarang ketidakadilan dan menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia.

“Sejak ISA diperkenalkan, sejumlah 10,711 orang menjadi tahanan di bawah akta itu,” katanya.

Terdapat 70 tahanan lagi yang masih meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata Malaysia tidak perlu lagi mempunyai akta seperti itu sekiranya kerajaan benar-benar mengamalkan sistem demokrasi.

“ISA diwujudkan semasa negara menghadapi ancaman darurat tetapi sehingga kini selepas negara merdeka, akta itu masih diteruskan… ini tidak perlu,” katanya.

Sementara Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sebaliknya berkata ISA perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kestabilan negara tidak tergugat, terutamanya memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk.

Sidang dewan ditangguh sehingga Isnin. - Malaysiakini

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


One Response to “Ketua Pembangkang desak kerajaan bebaskan tahanan ISA tanpa syarat”

  1. bersabarlah wahai saudaraku…penganiyaan seperti ini adalah dugaan Allah. Percayalah akan kemenangan kita di kemudian hari. Allah maha berkuasa. Rejim yang jahat pasti akan terima balasannya.
    Kes saudara2 ini sama dengan nasib saudara kita di Guantanamo. Saya sedih dengan keadaan saudara kita yg ditahan tanpa bicara ini. Anak-bini merintih setiap hari sedangkan ‘rejim’ ini senang lenang hanyut dengan keseronokan dan kemewahan dunia. Hak asasi manusia di sekat. Hati mereka telah di tutup serapatnya dari mengingati Allah. Ibadat mereka hanya sebagai syarat yg menyatakan bahawa mereka itu beragama Islam. Percayalah saudaraku bahawa pihak yg menganiaya saudara, kehidupan mereka tidak tenteram. Senyum di bibir tetapi hati mereka sentiasa bergetar. Hati mereka keliru. Nak beribadat tapi pada masa yg sama mereka melakukan kezaliman.
    Mereka tidak fikir bAhawa yg dizalimi adalah saudara mereka. yang berbeza hanyalah fahaman politik yg tidak ditanya di akhirt kelak.
    Berdoalah banyak-banyak. Allah maha Mendengar dan Maha Melihat. Ingatlah doa orang yang teraniaya amat mendapat perhatian Allah.Keangkuhan dan kezaliman pasti akan hancur. Hancur sehancur-hancurnya.

Leave a Reply