Royalti: Speaker tolak usul pembangkang

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul tergempar yang dibawa anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi mendesak Kerajaan Persekutuan mengembalikan semula royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

Pandikar menolak usul berkenaan dengan alasan ia tidak perlu disegerakan.

Dalam usulnya Salahuddin berkata, meskipun kerajaan negeri Terengganu kini diperintah Umno/BN, namun PAS tampil untuk membela hak rakyat Terengganu yang dinafikan sejak tahun 1999 sewaktu PAS memerintah negeri itu.

Menurut Salahuddin, rakyat dan kerajaan Terengganu berhak mendapat royalti itu memandangkan banyak perkara yang dirancang untuk dibangunkan.

Sewaktu PAS memerintah kerajaan negeri pada tahun 1999, hak itu dinafikan sebaliknya kerajaan BN ketika itu menggantikan royalti kepada wang ihsan yang lebih bersifat politik, katanya.

Justeru kata beliau, hak tersebut perlu dikembalikan segera bagi membolehkan rakyat hidup dengan pembangunan yang dirancang dan membawa manfaat kepada semua peringkat.

Salahuddin yang berang dengan penolakan usul berkenaan, secara bersopan bangun bagi mempertikai dan menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 15 ahli dewan untuk memastikan usul itu boleh dibahaskan.

Namun slepas Salahuddin meminta ahli dewan bangun menyokong usul itu, Speker masih menolak, dan ketika itu Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) bingkas bangun untuk mendesak peruntukan perkara 18 (3) bahawa jika ada 15 ahli dewan yang bangun menyokong usul, usul itu boleh dibahaskan atas budi bicara Speker Dewan Rakyat.

Begitupun Sepeker tetap dengan pendirian menolak usul itu.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


2 Responses to “Royalti: Speaker tolak usul pembangkang”

  1. masuk akal ker usul macam tu ditolak…last2 rakyat tolak BN

  2. HANYA ORANG BODOH DAN JAHIL AKAN SOKONG ORANG BODOH DAN JAHIL. AKU RASA RAKYAT TRG YG BIJAK DAN BERILMU SEELOKNYA MENGADAKAN DEMONTRASI UNTUK MENUNTUT HAK MEREKA BUKAN DOK LEPAS TANGAN PADA PEMIMPIN JER. KALAU PEMIMPIN BOLEH HARAP TAK PA JUGAK, NI PEMIMPIN HAPRAK.

Leave a Reply