Wartawan Malaysiakini hilang komputer riba di parlimen

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR 26 Mei: Dalam kesibukan wartawan membuat liputan Persidangan Dewan Rakyat hari ini, tiba-tiba bilik media dikejutkan dengan kejadian kecurian komputer riba milik seorang wartawan media Internet, Malaysiakini.com.

Menurut laporan Bernama, wartawan berkenaan, S Pathmawathy hanya menyedari kehilangan komputer ribanya tengah hari tadi sebaik kembali dari membuat liputan di lobi Parlimen.

Dompet wartawan itu yang turut hilang ditemui semula di dalam tandas.

Bilik media di bangunan Parlimen itu tidak mempunyai kamera litar tertutup.

Sementara itu wartawan The Star, Zulkifli Abdul Rahman berkata, beliau hairan kecurian boleh berlaku kerana bilik media hanya boleh dimasuki oleh petugas media dan mereka yang berkenaan sahaja seperti wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang bertugas di bangunan Parlimen.

“Saya terkejut kerana kawasan media ini biasanya kawasan yang selamat,” katanya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply