Batu Puteh: PAS buat laporan polis
JOHOR BAHRU, 26 Mei: PAS membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Dato’ Syed Hamil Albar, menteri besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang membuat laporan tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
“Mereka tidak berbuat apa-apa ke atas Singapura ketika republik itu membina bangunan dan rumah api.
“Ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf Singapura sebagai pemilik pulau itu,” katanya selepas membuat laporan tersebut.
Mazlan mejelaskan, PAS Johor telah memperjuangkan isu itu sejak 1992 dengan mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan mengadakan demonstrasi di jeti Pulau Batu Putih.
Sehubungan itu, beliau menggesa sebuah tribunal khas untuk menyisat ketiga-tiga tokoh tersebut yang dianggap “cuai” mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). - Malaysiakini
































Wajarkah ‘jiran’ seperti ini diberi muka lagi? Sudah terang lagi bersuluh. Lebih baik tidak mempunyai ‘jiran’ seperti ini daripada ada tetapi penuh dengan hasrat terpendam dan tipu muslihat. Adakah ini ‘jiran’ yang patut dijaga perhubungan ‘dua hala’ (mungkin patut dipanggil dua sehala)/diplomatik? Apa kebaikan mempunyai ‘jiran’ seperti ini? Terang-terang kita banyak ‘mengalah’ dalam banyak perkara. Semalam kita ‘mengalah’, hari ini kita masih ‘mengalah’, mungkin esok dan hari-hari seterusnya kita masih ‘mengalah’ (Ada 2 kemungkinannya: Kemungkinan 1; bukannya kita nak mengalah tetapi tiada keupayaan untuk menang. Ataupun Kemungkinan 2; siapa kata kita mengalah?Kita bukan mengalah,kita cuma memenangkan ‘jiran’ kita). Di sini situasinya ibarat, hak aku tetap hak aku tidak boleh diusik dan sentuh oleh sesiapapun tapi hak engkau mungkin boleh jadi hak aku. Para pemimpin tolong lebih prihatin tentang negara serta rakyat. Politik adalah untuk kedua-duanya. Politik bukan tentang kuasa (individu) tapi masa depan. Fikirkanlah.