Husam pelawa Ezam sertai PAS
KOTA BHARU, 25 Mei: Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa mengundang Mohamad Ezam Mohd Noor menyertai parti itu ketika pelbagai spekulasi timbul bekas Ketua Angkatan Muda PKR berkenaan akan menyertai Umno.
Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri berkata beliau mengajak Ezam menyertai PAS kerana bekas orang kanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu belum lagi membuat pengumuman menyertai Umno.
Kata Husam spekulasi Ezam akan menyertai Umno hanya dibuat media milik Umno sedangkan Ezam sendiri belum memutuskan untuk menyertai parti itu.
Husam turut mengakui beliau rapat dengan Ezam. Kedua-duanya juga pernah berceramah di atas pentas sama semasa berkempen pada pilihan raya umum lalu.
“Dia belum buat keputusan hanya media Umno yang buat bising. Biarlah Ezam buat keputusan dulu. Mana tau esok dia masuk PAS,” kata Husam yang dipetik Bernama.
Ura-ura Mohamad Ezam memasuki Umno timbul selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar dari Umno.
Ceramah Ezam di Tumpat, Kelantan
































Boleh percaya ke Ezam ni.. tapi kalau nak join PAS elok benarlah. Kot Husam dah contact Ezam pasal tu berani cakap macam tu. tengoklah nanti..
[…] Husam mendakwa media milik Umno cuba untuk memperbesar-besarkan cerita bahawa Ezam akan menyertai parti tersebut sedangkan Ezam masih belum membuat keputusan. Klik disini. […]
[…] Berita berkaitan Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. […]
erm.. memang elok ezam sertai PAS.
Dah sah masuk Umno la akhi Kasyidi.. apa nak buat dah dia fikir begitu w’pun majoriti rakyat dah tolak Umno