Isu Karpal: Penjelasan PAS Johor

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: PAS

PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu “darah YB Karpal Singh halal dibunuh” yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The Star keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.

Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama “Alif” disiarkan dalam ruangan interaksi “Shoutbox” laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya.

PAS Negeri Johor menyarankan kepada wartawan atau pemberita supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS Johor terutamanya Prof. Dato’ Dr Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor sebelum membuat sebarangan ulasan di dalam akhbar. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham ke atas ulasan yang diterbitkan nanti.

Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

Bagi kebaikan bersama, PAS Negeri Johor telah mengarahkan penyelia laman web PAS Johor Bahru supaya memadamkan kandungan kenyataan tersebut di dalam ruang shoutbox website PAS Johor Bahru di samping PAS Johor Bahru membuat komitment untuk menapis terlebih dahulu komen-komen yang diterima sebelum disiarkan dalam laman web.

PAS Johor Bahru telah membuat kenyataan maaf kepada DAP di atas apa yang telah berlaku yang juga disiarkan dalam laman web tersebut.

Sekian, terima kasih.

Prof Dato’ Dr Mahfudz Mohammad
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
http://pasjohorbahru.com

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


One Response to “Isu Karpal: Penjelasan PAS Johor”

  1. […] Isu Karpal: Penjelasan PAS Johor […]

Leave a Reply