Ketua DPP Johor nafi laporan Malaysiakini

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: PAS

Salam hormat,

SAYA telah membaca berita bertajuk “Ugut Karpal: Pelajar Kolej Serah Diri” dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan.

Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam laman web PAS Johor pada pukul 1 tengah hari.

Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengah hari 28 April 2008, saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Kluang. Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor.

Saya minta agar pihak Malaysiakini.com dapat memberikan penjelasan dan menarik balik berita tersebut dalam masa terdekat kerana ia sudah pasti akan menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

Sekian, terima kasih

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://minda-kembara.blogspot.com
29 April 2008

*****************

Laporan Malaysiakini:

Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri
Apr 28, 08 10:37pm

Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari.

Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang.

“Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu.

“Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan,” kata Fernandez.

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jumpa Karpal

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu.

kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.

Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai “Alif” dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.”

*************

Respon Penarik Beca:

“Itu binatang”

MULA-mula naik angin juga apabila membaca berita Malaysiakini kononnya Ketua Pemuda PAS Johor yang sangat saya hormati, Khairul Faizi Ahmad Kamil terlibat membawa seorang pelajar kolej menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam laman web PAS Johor.

Tetapi oleh kerana tak mahu mendengar cerita dari satu pihak sahaja, saya layari blog beliau. Khairul menjelaskan:

Saya telah membaca berita bertajuk “Ugut Karpal : Pelajar kolej serah diri” dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan… (sebagaimana posting awal di atas)

Laporan Malaysiakini itu bersumberkan Bernama. Saya kira, Bernamalah yang bertanggungjawab untuk menjelaskan Khairul mana yang dia jumpa mengiringi pelajar tersebut menyerah diri? Barangkali ada jin yang menyerupai Khairul mengiringi pelajar tersebut menyerah diri.

Kalau betul Bernama berjumpa dengan jin yang menyerupai Khairul, kira hebat sungguhlah Bernama. Bukan senang nak jumpa jin.

Apa pun, jika benar Bernama melaporkan demikian, ia mengingatkan kepada posting saya sebelum ini “Pembodohan media Malaysia“.

Adakah Khairul menjadi mangsa agenda pembodohan media Malaysia? Kalau betul, kasihan dia. Tetapi, saya lebih kasihan kepada Johor Bahru yang beria-ia memberikan penjelasan di dalam posting-posting bertajuk “Kenyataan maaf PAS JB kepada DAP” dan “Isu pernyataan kontroversi: Respon dari PAS negeri Johor“. Malah, laman web PAS Kawasan Johor Bahru membuang terus shoutbox dalam laman webnya.

Apa nak buat, PAS Kawasan Johor Bahru adalah organisasi rasmi. Ia terpaksa bertindak dengan tertib sebuah organisasi rasmi.

Kalau kenyataan si Alif itu keluar dalam blog ini dan Karpal buat laporan polis, ambil tindakan mahkamah atau apa sahaja, saya akan buat tak reti seperti yang dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin terhadap Tan Sri Nordin Kardi.

Ketika menjadi pemberita dahulu, saya selalu mendengar Karpal memanggil orang lain dengan perkataan “itu binatang” di dalam Dewan Rakyat. Kalau pernyataan si Alif itu keluar dalam blog ini dan kalau “itu binatang” tergedik-gedik buat gatal kerana pernyataan itu, nak report sana-sini, nak saman sana-sini, habis-habis sangat saya akan beritahu dia, “Hey binatang! Dekat hari-hari lu bikin kurang ajar, lu ingat orang mau diam saja?!!”

Saya cakap kasar? Alahai, dia binatang, mana dia tau kita marah ka, tersinggung ka, saki hati ka. Dia mana tahu sensitiviti orang. Dia mana tahu menghentam negara Islam sama seperti menghentam Islam, menghentam Allah SWT Binatanglah katakan.

Habis cerita “itu binatang”. Sekarang cerita pelajar kolej itu pula.

Pelajar kolej itu menyerah diri. Adakah dia ketakutan kerana menyatakan “darah YB Karpal Singh halal dibunuh”? Walaupun belum tentu lagi Karpal halal dibunuh dan belum juga tentu tidak halal di sisi Allah SWT, tetapi dia sudah tergatal tangan menulis pernyataan itu.

Dia mungkin menghadapi tindakan undang-undang. Kalau dia ejen seberang sana, Umno ke, Barisan Nasional ke, pandai-pandailah engkau minta bantuan ketua engkau.

Tetapi kalau dia menulis pernyataan itu semata-mata kerana marah terhadap kenyataan-kenyataan kurang ajar Karpal dan kerana sayangkan Islam, menjadi kewajipan saya untuk membantunya.

Saya orang miskin dan tidak ada duit. Tetapi setakat termampu, saya akan derma kepadanya jika beliau menghadapi tindakan undang-undang dari “itu binatang”.

Dan, oleh kerana saya miskin dan tidak ada duit, saya juga tidak layak mengutip derma untuk membantu budak itu yang sebaya umur anak saya. Tetapi, insya Allah, saya akan cari orang berduit dan amanah untuk menjadi pemegang amanah derma kepada budak itu.

Bila saya sudah jumpa orang yang berduit, layak dan amanah untuk menjadi pemegang amanah derma kepada budak itu, saya kan lancar kutipan derma untuknya dalam blog ini, insya Allah, jika keadaan memerlukan tindakan itu.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


One Response to “Ketua DPP Johor nafi laporan Malaysiakini”

  1. […] Ketua DPP Johor nafi laporan Malaysiakini […]

Leave a Reply