Selepas tiga hari baru Bernama hendak akui kesilapan

Written by kelantankini on May 1st, 2008 | Filed under: PAS

AGENSI Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengakui kesilapan pada laporannya mengenai seorang pelajar yang menyerah diri kepada polis berhubung isu ugutan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam laporan beritanya tiga hari lalu, Bernama menyebut Ketua Pemuda PAS Johor telah mengiringi pelajar yang dikenali sebagai ‘Alif’ yang menyerah diri kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes ugutan bunuh terhadap Karpal.

Laporan itu kemudiannya dipetik Malaysiakini yang turut menyebut Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil bersama empat pemimpin sayap PAS itu mengiringi pelajar berkenaan ke balai polis daerah Johor Bahru Selatan.

Dalam kenyataannya bertajuk “Ugut Bunuh Karpal: Ketua Pemuda PAS Johor Tidak Temani Penuntut Beri Keterangan Polis” tengah hari ini Bernama melaporkan Khairul Faizi Ahmad Kamil sebenarnya TIDAK menemani pelajar berkenaan ke balai polis.

“Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil TIDAK menemani penuntut kolej ke Ibupejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan untuk memberikan keterangan berhubung ugutan bunuh terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh, seperti yang dilaporkan Bernama pada 28 April lepas,” demikian kenyataan ringkas Bernama.

Bernama juga mengakui laporannya pada 28 April lalu berhubung penglibatan Pemuda PAS Johor itu adalah salah. “Kesilapan itu adalah dikesali,” kenyataan ralat agensi itu dipetik.

Semalam, kepimpinan Pemuda PAS Johor menuntut Bernama menjelaskan kekeliruan tersebut dan memohon maaf kepada Khairul Faizi atas laporan tidak tepat itu.

Artikel berkaitan:

Ketua DPP Johor nafi laporan Malaysiakini

Isu Karpal: Penjelasan PAS Johor

Pemuda PAS nafi terlibat kes ugut Karpal - Malaysiakini

Pemuda PAS Johor desak Bernama mohon maaf

Ugut Bunuh Karpal: Ketua Pemuda PAS Johor Tidak Temani Penuntut Beri Keterangan Polis

Bernama: Pemuda PAS tidak iring pelajar

Karpal: Biadap dan Celupar

Laporan bercanggah akhbar perdana - Berita Harian

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply