Shahrir masih teraba-raba isu kenaikan harga barang

Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under: PAS, Respon

14 Apr | 8.20am
SEJAK Dato’ Shahrir Abd Samad dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kabinet Pak Lah Badawi untuk Kerajaan Persekutuan bagi sesi ke-12 rakyat masih belum nampak sebarang petanda yang positif dalam kawalan harga barang-barang keperluan seharian.

Kredibiliti beliau yang sebelum ini dilihat rakyat sebagai pemimpin Umno Johor yang tinggi keperibadiannya masih belum menampakkan hasil yang positif di sebalik masalah kenaikan harga mentah mee dan krisis bekalan beras Asia yang semakin meruncing.

Dato’ Shahrir harus melihat isyarat daripada rakyat pada pilihan raya sebulan yang lalu di mana isu kenaikan harga barang menjadi agenda yang berjaya diketengahkan parti pembangkang lantaran sikap kerajaan Barisan Nasional yang tidak ambil peduli masalah rakyat.

Dalam PRU ke-12 baru-baru ini juga beliau selaku Ahli Parlimen Johor Bahru juga beliau mesti sedar di kebanyakan kawasan peti undi (UPU) yang majoritinya pengundi bukan melayu BN kalah dalam pengiraan undi.

Kalau tidak kerana undi orang melayu Umno karat ‘biru’ di Larkin, Kg Melayu dan Bandar Baru Uda sudah tentulah BN akan kalah di Johor Bahru.

Cadangan mewujudkan sekretariat bagi menyelaras tugas 2,000 pegawai pemantau harga yang dilantik oleh Majlis Harga Barangan Negara kami letakkan sebagai usaha-usaha positif beliau asalkan kesilapan-kesilapan menteri KPDNHEP yang lepas tidak berulang semula.

Harapan rakyat, bersikap adillah dalam mengurus dan mengawal harga barang-barang keperluan pengguna. Setiap yang baik pasti disokong oleh rakyat asalkan adil dan saksama.

PAS Johor Bahru dengan ini mencadangkan kepada Dato’ Shahrir supaya diwujudkan kursus wajib berkenaan muamalat dan integriti peniaga Islam supaya peniaga-peniaga kita juga tahu dosa pahala dan bersikap pemurah dan adil semasa berniaga.

Sebagaimana kerajaan Johor mewajibkan pasangan yang akan berkahwin menjalani kursus pra-perkahwinan dan mengambil ujian darah dari positif HIV. Bukankah idea mewajibkan peniaga diberikan sedikit ilmu tentang muamalat cara yang disuruh Islam juga dianggap baik..terserah kepada Dato’ Shahrir…

PAS JOHOR BAHRU

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


One Response to “Shahrir masih teraba-raba isu kenaikan harga barang”

  1. harga beras di negeri-negeri pantai timur dah mula melambung macam belon.dah la bekalan tak ada.beras yang bernas keluarkan pergi kemana?lepas ni rakyat malaysia kena makan jagung pulak sebagai makanan ruji..gandum pun mahal….

Leave a Reply