Kronologi kes liwat Anwar Ibrahim

Written by kelantankini on Aug 8th, 2008 | Filed under: Nasional, PKR

MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta semalam atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii (liwat) selepas sebulan lebih polis menjalankan siasatan kes berkenaan.

Kes berkenaan mula mendapat perhatian meluas apabila bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis 28 Jun lalu, mendakwa beliau diliwat bekas bosnya itu.

Mohd Saiful berkali-kali mendakwa (melalui peguamnya) beliau memang diliwat oleh Anwar dan sanggup bersumpah cara Islam bagi membuktikan tuduhannya itu.

Berikut beberapa urutan peristiwa penting sepanjang kes berkenaan sehinggalah Anwar didakwa di mahkamah semalam (7 Ogos 2008):

28 Jun: Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

1 Julai: Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai: Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfields.

16 Julai: Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

30 Julai: Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu. (Sambungan artikel klik di sini).

Kronologi detik Anwar tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes liwat

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


One Response to “Kronologi kes liwat Anwar Ibrahim”

  1. JANGAN DAKWA ANWAR BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH
    DULU, saya antara orang yang mahu Anwar bersumpah atas nama Allah tidak meliwat Saiful agar dirinya sentiasa bersih.

    Selepas mendapat maklumat daripada ulama di Malaysia, saya kini berpendapat Anwar tidak perlu lagi bersumpah. Saya setuju dengan ustaz Harun Din Anwar tak usah bersumpah dan Saiful tidak sepatutnya bersumpah laknak diri dan keluarganya sehingga hari kiamat. Ini kerana, kata Harun Din, keluarga tidak bersalah. Semua ulama dan mufti termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi bersetuju sumpah saiful adalah sah. Rata-rata mereka tidak mahu Anwar bersumpah, kecuali pakar hadis yang juga Mufti Perlis, Dr Asri.

    Mereka seperti faham, Anwar tidak sepatutnya melakukan sumpah laknak diri dan keturunan jika benar melakukan liwat.

    Secara tiba-tiba rasa simpati saya begitu tinggi kepada Kak Wan Azizah dan Puteri comelnya, Nurul Izzah kerana mereka berdua bukan peliwat. Kak Wan telah berkorban banyak kepada Anwar. Sanggup dilarikan Anwar untuk membolehkan berkahwin dengan Anwar yang merupakan lelaki macho dan dia dikatakan digilai oleh lelaki ‘nakal’ di MCKK dan khabarnya tidak sedikit pelajar wanita mudah tergoda apabila melihat kehenseman Anwar dan kepetahan berpidato.

    Demi Kak Wan dan Nurul Izzah, saya harapkan orang ramai hentikan paksaan untuk Anwar melakukan sumpah laknat.

    Jika saya seorang peliwat, saya juga tidak sanggup untuk melakukan sumpah laknat kepada diri, isteri dan anak-anak sehingga kiamat. Kenapa Saiful yang tidak mempunyai 9 peguam handal, banyakkanlah bersabar. Jika dibayar RM10 juta pun, saya tidak sanggup bersumpah laknat diri dan keluarga.

    Apabila Anwar bersumpah dan dia memang lakukan liwatan terhadap Saiful Bukhari, laknak Allah akan menimpanya dan seluruh kehidupannya tidak akan diberkati. Kita orang Melayu Islam tidak sanggup Allah dan malaikat membenci kita dan memandang diri kita jijik.

    Rata-rata rakan-rakan saya hatta yang begitu taksub kepada Anwar sebelum ini dan ada yang menamakan anaknya Anwar (dengan ejaan Anwar, bukan Annuar atau Anuar) sudah percaya Anwar meliwat Saiful kesan sumpah laknat Saiful itu. Memang langkah bijak Anwar tidak bersumpah ekoran nasihat ulama seperti Nik Aziz, Harun Din dan Hadi Awang yang tidak mendesak Anwar untuk bersumpah.

    Demi Kak Wan Azizah dan Nurul Izzah, saya juga merayu kepada Anwar supaya segera mengubah tabiat dan cara hidup. Pergilah menunaikan Haji di Makkatul Mukarammah dan memohon keampunan, dan bertaubat nasuha di hadapan Kaabah, jika sudah beberapa kali melakukan seks luar tabii. Hampir tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya, jika kita sesungguhnya melutut insaf. Semua orang biasa pernah melakukan dosa.

    Sebagai rakyat biasa juga kita memohon supaya orang ramai memberikan peluang untuk Anwar bertaubat dan jangan libatkan lagi dia dengan kuasa. Biarlah keluarga mereka hidup bahagia.

    Orang Melayu rata-ratanya akan melupakan episod ini, apa lagi jika jelas nampak keinsafan.

Leave a Reply