Polis sifatkan ‘Black 14′ sebagai perhimpunan haram

Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under: Nasional, PKR

16 Apr | 7.10am
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Black 14 anjuran PKR di Kelab Sultan Suleiman di Kampung Baru di sini yang sepatutnya menganjurkan majlis makan malam bersama rakyat, bertukar menjadi ‘perhimpunan haram’.

Ketua Polis Kuala Lumpur Dato’ Muhammad Sabtu Osman berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 7,000 (anggaran Bernama) penyokong PKR itu bermula pukul 8.30 malam kelmarin, namun diberhentikan pada pukul 10.30 malam atas arahan Ketua Polis Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman, dan para penyokong kemudiannya bersurai dengan aman.

“Surat permohonan yang diserahkan kepada polis pada 8 April lepas hanya menyatakan untuk mengadakan majlis makan malam, dan ia menyebut hanya tiga pemimpin tertinggi parti itu akan memberi ucapan, tetapi sebaliknya (majlis malam ini) tiada majlis makan malam untuk rakyat, tetapi hanya kepada pemimpin parti itu,” lapor Bernama memetik kenyataan Muhammad Sabtu di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata tiga pemimpin tertinggi yang sepatutnya memberi ucapan ialah Timbalan Presiden Parti itu Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman Datuk Mokhtar Ahmad, dan bukannya penasihat parti itu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya pemberita kenapa permit perlu dimohon oleh parti itu sedangkan boleh dibuat di kawasan persendirian, Muhammad Sabtu berkata walaupun ia dibuat di kelab persendirian, ia bukan majlis tertutup.

“Ini kerana ceramah yang diadakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran pengikut parti itu turut mendatangkan mudarat kepada orang awam lain dan peniaga pasar malam yang berniaga di sekitar kelab ini.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengadakan perhimpunan atau perjumpaan tanpa permit dan Seksyen 27 (3) Akta Polis membolehkan polis memberhentikan mana-mana perhimpunan atau perjumpaan tanpa lesen,” katanya.

Polis Kuala Lumpur mengadakan kawalan lalu lintas sejak pukul 4 petang tadi melibatkan 1,350 anggota Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am, katanya.

Muhammad Sabtu berkata tiada sebarang tangkapan dibuat, bagaimanapun pihak polis akan mengkaji aspek undang-undang yang berkenaan, adakah perlu tangkapan dibuat selepas ini.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Syed Hamid Albar berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menangani isu Perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam kelmarin yang disifatkan polis sebagai haram.

“Saya tidak melibatkan diri dalam perkara ini. Jika saya libatkan diri orang akan kata saya mempolitikkan (isu itu).

“Polis perlu menguatkuasakan undang-undang. Apa yang mereka lakukan adalah dalam bidang undang-undang.

“Saya rasa dalam hal membabitkan undang-undang dan peraturan, menjadi tugas polis mengambil langkah yang mereka anggap perlu dan terbaik,” katanya dipetik The Star.

Syed Hamid diminta mengulas mengenai perhimpunan itu selepas lawatan ke Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya.

Perhimpunan Black 14 anjuran PKR adalah untuk maraikan tamatnya tempoh larangan aktif berpolitik terhadap penasihat parti itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


One Response to “Polis sifatkan ‘Black 14′ sebagai perhimpunan haram”

  1. Istilah ‘haram’ atau ‘halal’nya sesuatu perhimpunan itu bergantung kepada lulus atau tidak lulusnya permohonan permit itu oleh pihak polis. Persoalan pokoknya, apakah mengikut amalan kepolisian di negara kita,akan LULUSKAH permohonan permit kepada perhimpunan seperti itu selama ini. Ertinya perhimpunan sptitu selamanya akan tetap diistiharkan sebagai ‘HARAM’.Sebabnya gerenti tidak akan mendapat kelulusan!!!. Agaknya itulah resional mengapa penganjur hanya membuat permohonan untuk ‘makan malam’ aje.. Pelik bin ajaib, kalau permohonan konsert amal dan ‘road show’para artis,’HALAL’ aje (harus lulus sebelum memohon).. tak timbul langsung soal pasar malam, lalu lintas dan mudaharatkan orang awam.Fikir-fikirkanlah keadilan jenis apakah ini yang nak dibangga-banggakan oleh ummah pada era hadhari ini…….?

Leave a Reply