Wan Azizah letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail membuat pengumuman mengejut hari ini apabila meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh.
Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil nanti.
Ia sekali gus menamatkan desas desus kawasan mana yang akan ditandingi penasihat PKR itu bagi membolehkannya kembali ke Dewan Rakyat sebagai anggota yang sah sejak dipecat dari Umno pada 1998 oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
“Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.” kata Azizah pada sidang media khas mengumumkan perkara itu.
Sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR itu turut dihadiri Anwar. (Laporan dan berita lanjut di sini)
































[…] Julai KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada […]