Anwar Ibrahim sajakah layak jadi PM?
Oleh Ibnuhasyim
29 Apr | 5.50pm
“MENGAPA Datuk Seri Anwar sahaja yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri (PM), tidak Ustaz Abdul Hadi atau lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat?” Kata seorang pengarang sebuah akhbar yang saya temui semalam.
“Apakah Anwar saja yang mampu mencari 30 kerusi parlimen tambahan untuk merampas jawatan PM, sedang beliau sendiripun masih belum jadi ahli parlimen? dan ada pula yang menguar-uarkan isteri beliau sebagai PM wanita pertama di Malaysia?”
“…Kerana PKR memenangi 31, DAP 28 dan PAS 21 kerusi parlimen, yakni PKR lebih dari parti-parti Pakatan Rakyat lain. Bahkan dikatakan beliau yang mendominasi bagi dapatkan 30 kerusi itu sekurang-kurangnya dari kerusi wakil rakyat BN yang melompat!” Saya jawab.
“Tetapi hal penambahan kerusi 30 ini masih belum terbukti… Kalau terbukti pun, bukanlah bererti mereka itu lompat parti semata-mata kerana Anwar atau PKR, bahkan kerana Pakatan Rakyat termasuk DAP dan PAS. Kalau salah satu parti-parti ini keluar dari pakatan, tentu Anwar tidak akan dapat jadi PM juga! Kerana itu kelebihan kerusi semata-mata inipun tidak boleh dijadikan ukuran!”
“Jadi siapa yang kamu fikir layak jadi PM selain Anwar? Ustaz Hadi?” Saya tanya lagi.
“Sudah tentu! Atau ramai lagi pemimpin-pemimpin muda PAS menang parlimen yang berwibawa.. Seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dr Hatta Ramli, Ir Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Mujahid dan lain-lain, kalau nak disegandingkan dengan isteri Dato’ Seri Anwar Dr Wan Azizah yang disebut-sebut sebagai PM..” Jelas kawan kita itu lagi.
“Apa alasan yang kamu pilih Ustaz Abdul Hadi sebagai PM?”
“Pertama.. Menurut saya, parti yang bertapak hingga ke ‘akar umbi’ di kalangan orang Melayu di Malaysia cuma dua, iaitu PAS dan Umno. Ini adalah kerana sejarah geraknya yang panjang juga lama. Banyak cawangan-cawangan dari dulu hingga sekarang membantu gerak kerja pilihan raya, juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber, berjasa dan lain-lain. Apa lagi bila ada yang mengkategorikan Parti Keadilan sebagai ‘parti serpihan’ seperti Parti Negara pimpinan Dato’ Onn, Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleith dan lain-lain yang tiada asasnya, bahkan boleh berubah ke sana ke mari. Pemimpin-pemimpin dari parti ‘akar umbi’ sebenarnya yang layak jadi PM.
Kedua.. Disebabkan PAS adalah parti Orang Melayu dan Islam 100% yang terbesar selain Umno. Hal ini memudah dan meyakinkan pihak Yang Dipertua Agung dan Sultan-sultan bekerjasama dan merestuinya. Apa lagi bila dasar PAS adalah Islam yang menjadi agama bagi orang Melayu berbanding Keadilan yang pelbagai kaum dan agama.
Ketiga.. Buat masa ini di kalangan PAS ramai tokoh-tokoh berkelayakan dan berwibawa berbanding dengan PKR yang baru ditubuhkan ekoran dari kezaliman yang dilakukan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tokoh-tokoh PAS terdiri daripada gabungan golongan agama dan profesional, yang tidak ada dalam parti lain seperti DAP dan lain-lain.
Keempat.. Pemimpin PAS yang ada sekarang masih bersih rekod kepimpinannya, tiada kes rasuah, penyelewengan pembaziran dan pengumpulan harta, kes jenayah di mahkamah, bersekongkol dengan kezaliman seperti kes Memali, tiada pemimpin partinya terlibat dengan kes tidak bermoral seperti rogol atau bunuh. Bahkan ada contoh pemimpinnya hidup sederhana seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan TG Nik Abdul Aziz.
Hal-hal seperti ini perlu diambil kira di dalam parti yang pemimpinnya akan memimpin negara masyarakat majmuk, di mana agama rasminya adalah agama Islam.” Kawan kita itu merumuskan.
Saya tidak komen apa-apa, cuma hal ini saya paparkan ke ribaan pembaca untuk renungan dalam catatan santai kali ini.
Wallahu aklam.
































Bukan seratus, bukan serbu, dan bukan juga sejuta yang mahu lihat YAB Tuan Guru Nik Aziz menjadi Perdana Menteri Malaysia. Melayu, Cina, India dan lain-lain keturunan memang ramai yang meletak angan-angan dan impian supaya manusia yang bergelar Nik Aziz itu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam. Bagi mereka, Tuan Guru Nik Aziz ini merupakan contoh pemimpin sebenar yang amat-amat diperlukan rakyat Malaysia. Hidupnya sederhana, kuat imannya, tinggi ilmu, dan mesra dengan semua bangsa. Anutan agama malah bangsa tidak pernah sesekali menjadi pengukur baginya. Dan keikhlasannya dalam memperjuangkan Islam tidak boleh dinafikan lagi samada oleh kawan mahupun lawan.
Tapi sedarkah kita, semasa PAS mula2 merampas Kelantan tahun 1990 dulu, lebih daripada 3 rombongan telah dihantar oleh PAS untuk memujuknya memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Dan Tuan Guru menerima jawatan itu dengan berat hati, demi kepentingan ummah dan gerakan Islam.
Itu baru jawatan Menteri Besar, kalau jawatan Perdana Menteri lagilah susah rasanya nak pujuk. Bukan apa, dah jadi amalan pimpinan PAS, berjuang ikhlas kerana agama, bukan untuk cari pangkat kedudukan.
Apapun, kalau dibuat bancian siapakah yang layak jadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini… jawapan dari Pok Nik ialah YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK AZIZ BIN TUAN GURU HAJI NIKMAT.
Salam,
Boleh tak mana-mana blogger mulakan bancian? dan kita tengok yang mana lebih mendapat sambutan ramai. Atau macamana pendapat anda semua?
Saya bersetuju bahawa ramai tokoh dari PAS yang boleh di ketengahkan sebagai calon PM seperti TG Hj Hadi, Nasaruddin Mat Isa, & Husam Musa. Bagi TGNA, saya respect dia sebagai spritual leader yg unggul dan berkarisma tapi mungkin faktor usia & kesihatan agak menghalang. Lagipun TGNA sudah banyak berjasa, eloklah ditonjolkan tokoh lain pula sebagai pengganti. Dalam PKR, rasanya tiada tokoh yg agak menonjol selain DSWA, Saifuddin, & Azmin. Dulu ada Ezam. Anyway DSAI bagi saya adalah tokoh yg paling layak. Punyai pengalaman yg cukup, dikenali di peringkat antarabangsa, punyai karisma sebagai leader, strategist, economist, educationist, tokoh agama, presentation skill yg hebat, punyai jatidiri, tokoh yg dapat diterima oleh masyarakat majmuk Malaysia, dan umur serta fizikal yg sesuai. Sekiranya dibandingkan dgn tokoh2 dari UMNO seperti Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Sharir, Hishamuddin, Rustam, Hamid Alba, Rais Yatim, Khir Toyo, Ku Li dll rasanya DSAI lagi menonjol dan sesuai buat era ini.
A`kum..
bagi pndapat saya selain DSWA dan DSAI orang yg layak sbgai PM Malaysia ialah YB Husam Musa…dia idola saya selapas Ezam yg sudah saya tolak ke tepi..dulu dia idola saya..Tq
Salam semua!
Saya berpendapat TGNA lebih dari layak. Jadi, beliau tak perlu jadi PM, letakkan sebagai Musyid ‘Am PR. Pelapis DSAI pula ialah Husam dan Saifuddin.
Salam.
akum
tgna memang paling layak utk jadi pm . tapi faktor malaysia kena kita teliti utk jadi pm wahai saudara ku sekian .
jadi disini pengalaman adalah keutamaan . nak banding dsai dgn tokoh pas dari segi agama adalah tak adil tapi kalau dgn husam musa atau dato nizar mb perak , rasanya sama taraf . utk malaysia dan dunia dsai adalah yg layak utk pm. kita jgn lupa dsai yg menjadi jambatan antar pas n dap pada masa kini .
Jibam terpanggil untuk memberi sedikit komen dalam hal yang amat menarik ini. Pada jibam, apa yang diutarakan oleh Pengasas patut disokong. TGNA rasanya amat-amat perlu dilantik sebagai Mursyidul AM Pakatan Rakyat memandangkan perwatakannya yang boleh dijadikan contoh semua pimpinan PR. Kewarakannya, kesederhanaan yang diamalkan, ilmunya dan sikap timbang rasanya dengan rakyat amatlah dikagumi.
Jika kita berlindung di bawah payung ulamak, kehidupan kita akan berkat. Jika kita berlindung selain dari ulamak, kehidupan kita akan kaya raya. Buatlah pilihan yang tepat.
Jika di bawah ulamak kita dapat makan nasi ngan ikan kering. Jika sebaliknya kita dapat makan nasi ngan ayam,daging dan sebagainya yg sedap-sedap.
Tapi kedua-duanya menjadikan kita kenyang dan kedua-duanya akan kita buang dalam bentuk najis.Fikirlah…..
anwar lbh layak jika dbandingkan dgn lain,,kt mesti lihat secara global pembabitan dia dgn dunia dlm dan luar dan pengiktirafan yang diterima nya,,apa2 pun,,sesiapa pun blh mjd PM asal kan mampu dr semua aspek,,,,sekarang adalah masa nya menukar kerajaan,,,,kalau Anwar tidak mampu,,,,kita blh humban diye bila2 masa jer,,,wslm
Islam itu mudah dan indah. kalau anwar ibrahim layak jadi pemimpin kerana ia pilihan rakyat tak salahpun. Tapi penasihat anwar hendaklah terdiri drp kalangan alim ulamak bukan alim dunia. InsyaAllah rahmat Tuhan akan turun mencurah kelak. Buat apa bergaduh sesama sendirikan?
Salam,
Apa kurangnya LGE, KM PP yang sungguh unggul keperibadiannya. Mungkin cadangan ana terlalu mengguris hati, tapi ingatkah kita, TGNA pernah berkata, beliau akan menyokong walaupun bangsa cina sebagai PM, asalkan menerima Islam.
Mungkin yang menjadi halangan skang adalah papanya LKS, tapi LGE, insyaAllah tidak akan menjadi Lee Kuan Yue (Singapore)yang kedua. Semoga hidayah kepada saudara LGE.
Ini hanya nukilan rasa, jangan maki ana pulak hendaknya. Salam.
pemimpin yang ada pada hari ini adalah orang orang pentingkan diri sendir saja.kalau nak dibandingkan dengan pimpina rasullulah dan sahabat jauh seperti langit dan bumi.Kalau dapat 20%pun yang ikut seperti umar abdul aziz itipun kira ok , ini apa semuanya HAMPA zahir baik tapi hakikatnaya kosong semuanya nak tipu orang.