DUN Selangor luluskan peruntukan tambahan RM127 juta

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh Ibnu Khuzaimah

DEWAN Undangan Negeri Selangor hari meluluskan sejumlah RM127.483 juta bajet tambahan peruntukan pembangunan bagi tahun 2007. Bajet tambahan ini bertujuan menampung pembayaran pelbagai Jabatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan, JKR serta sejumlah peruntukan perbendaharaan luar jangka, di bawah Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008, semua peringkat. (live parlimen)

Peruntukan ini antara lain menampung kekurangan akibat keborosan dan terlebih belanja kerajaan lalu pimpinan Dato’ Seri Dr Khir Toyo. Dengan kelulusan ini pelbagai projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu terutama semasa PRU ke-12 akan dapat dibayar dengan segera.

Selain itu usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan negeri Selangor juga telah diluluskan. Usul pelantikan JK Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special select committee and Transperancy - SELCAT) juga diterima sebulat suara tanpa bantahan ahli-ahli dewan.

Selangor haramkan Islam hadhari

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan konsep Islam Hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali berkata, semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu, menurut laman web Utusan Malaysia.

“Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Memorandum Anti ISA

Sementara itu, satu kumpulan bertindak anti ISA (GMI) berhimpun di luar DUN Selangor menyampaikan memorandum mendesak pembebasan semua tahanan ISA. Di dalam DUN pula usul tergempar pembebasan tahanan ISA juga dibahaskan.

Persidangan kali ini akan berlarutan hingga lewat malam untuk menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply