Kenapa Pulau Batu Puteh milik Singapura?
SAYA baru sahaja selesai mengikuti siaran langsung dari The Heague dan tidak terkejut dengan keputusan ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa). Kalau diteliti dengan cermat perbezaan persiapan yang dilakukan oleh pihak Justices Malaysia dengan Singapura begitu ketara bila mana pihak Singapura begitu bersungguh-sungguh dengan home-worked mereka sehingga sanggup menyelongkar di serata arkib dunia bagi menguatkan hujah-hujah mereka.
Taraf Ghani Patail (Peguam Negara) hanya sebagaimana yang ditunjukkan dalam kes “Batu Butok” sahaja. Sama sahaja dengan para menteri yang ada pada masa kini, pencuri, penyamun, peraba, perogol dan lain-lain.
Mungkinkah ALLAH hendak mempelihatkan kepada puak-puak Umno yang sejak dari dulu asyik menekan “Islam” tanpa mahu menegakkan undang-undang hudud, qisas, ijmak dan kias, serta memperbodohkan juga berkehendak agar umat Melayu terus miskin untuk kelangsunggan cengkaman mereka untuk berkuasa yang hanya bersifat sementara sahaja.
Kini puak Umno/BN sudah pun merintis jalan dengan memperkenalkan Wilayah Pemangunan Iskandar (WPI) untuk kemaraan pihak Singapura menjajah sebahagian Negeri Johor. Walaupun ada suara-suara yang menyeru agar ia dibatalkan namun pihak Umno/BN buat pekak badak sahaja.
Beberapa tahun yang lepas melalui seorang rakyat Singapura bergelar Dato’, saya telah mendengar bahawa pihak Singapura sedang berusaha untuk memperluaskan jajahan Negaranya yang dipanggil Singapura Raya. Ia akan bermula dari Kulai hingga ke Sedili. Saya yakin dan percaya bahawa dengan home work yang mereka lakukan serta dengan jalan yang sudah dirintis pihak Singapura akan berjaya. kecuali orang-orang Melayu Johor sama-sama berjuang di bawah panji-panji Islam.
Sedarlah wahai “Melayu Johor” terutama yang mendiami kawasan WPI bahawa apa yang Tun Mahathir perkatakan bahawa kemungkinan kesemua kamu akan tinggal di pinggir hutan kalau pun tidak di dalam hutan akan menjadi kenyataan andai kata kerajaan Umno/BN yang angkuh masih mahu meneruskan projek WPI itu.
Walaupun saya bukan penyokong Tun Mahathir dan parti yang telah ditinggalkannya tapi saya menyokong projek “Jambatan bengkok” yang telah dibatalkan oleh rejim Pak Lah setelah saya mendapat gambaran sebenar mengapa jambatan tersebut perlu dibina. Saya begitu terkilan mengapa ia dibatalkan.
Terserlahlah sudah betapa lemah, lembik, buta, pekak, tuli dan kerap terlena, merupakan sifat Perdana Menteri Malaysia, Al-Imam Hadhari Pak Lah Badawi. Pada pilihan raya yang lalu hilang lima negeri termasuk negerinya dan Wilayah Persekutuan. Kini kedaulatan Pulau Batu Putih pula. Mari kita tunggu dan lihat apa pula yang bakal berlaku selepas ini.
Untuk pengetahuan semua di kawasan perairan tersebut(Pulau Batu Putih) mengandungi emas hitam. Elok juga kalau ia benar, kalau tidak apa yang dialami rakyat Terengganu pasti akan dialami oleh rakyat Johor - tanpa dapat menikmati apa-apa dari kekayaan tersebut.
Ya ALLAH Kau bukakanlah hati-hati orang Islam di negara ini agar bersama berjuang di jalan yang telah lama dirintis oleh PAS demi untuk kelangsungan serta kesejahteraan hidup di muka bumi-MU ini sebelum bertemu dengan-MU di alam Baqa’ kelak. Amin, amin Ya Rabbal A’lamin.
AHLI PERIHATIN
































Leave a Reply