Petrol bahan kikis duit rakyat

Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under: Respon

BAGAI yang diramalkan sebelum PRU-12, baik BN menang mahu pun tewas memang tidak dapat dielakkan mesti minyak petrol akan jadi bahan bagi mengikis duit rakyat.

Perlu diingat jika harga minyak petrol naik, maka dari sebesar-besar barangan hinggalah sekecil-kecil barangan pasti akan naik sama.

Perlu juga diingat dari sekaya-kaya manusia hinggalah semiskin papa kedana terpaksa menerima musibahnya. Tidak dapat lari dari tekanan inflasi yang pasti meruncing.

Barangan telah pun melonjak naik, pastinya dengan kenaikan harga minyak petrol ini rakyat negara kita akan bertambah terhimpit!

Apa sebenarnya masalah dalaman negara kita ini. Sebab tertera di alam maya anak bekas PM pun menjadi antara 20 jutawan terkaya di Malaysia. Tentunya ada yang masih di kalangan pemimpin kini & kroninya tidak mengistihar harta mereka.

Jika diistiharkan semuanya pasti rakyat marhaen lagi terkejut beruk! Rasanya golongan ini yang merampas subsidi rakyat hingga kerajaan tak mampu lagi menampungnya. Subsidi tidak sampai kepada mereka yang berhak memilikinya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


6 Responses to “Petrol bahan kikis duit rakyat”

  1. hati aku membara jer sejak dengar pengumuman paling sial dalam hidup. Temper betul dibuatnya. Yang paling aku fedup bila tengok bodolah umum ngan selamba ajar…mcm tak rasa bersalah. entahlah apa nak jadi sekarang…cofirm kehidupan bakal hiruk pikuk nampaknya..

  2. Pelik sungguh set2 BN ni:

    Mula2 cakap harga minyak diharam jual kepada kenderaan asing di sempadan dan kerajaanakan struktur harga pada bulan Ogos nanti.

    Tup2 keluar pengumuman Bendul Lah minyak naik awal pagi ni. 78 sen pulak tu. dasat2

  3. mintok2 tok guru doa biar terhapuslah pemimpin hok banyok nyusoh ko rakyat…. amin….

  4. dulu ayat paling popular oleh kerajaan BN dan media penipu ialah “harga petrol di malaysia adalah paling rendah di rantau ini”. nak dengar apa pula ayat yang puak ni beritahu dengan kenaikan minyak yang melambung ni ???

  5. Ayat dio serupo jugok : “Masih murah jika dibandingkan dengan negara Asean yang lain.”

    Ayat paling bodoh dan paling menipu sekali atas dunia!!! Digunokan untuk menipu rakyat…….

  6. Bodolah memang tak mengerti ape-ape pasal ekonomi…. yang dia tahu jean yang barunya….hebat. itu lah dasar dia boleh pakai, boleh ubah bile-bile…ikut suka dia ..

Leave a Reply