Respon 2: Kecewa dengan hujah Salahuddin
Oleh Matlan75
Saya baru saja menyaksikan perdebatan pasal kenaikan harga minyak secara live di RTM1 jam 9.30 malam tadi. Apa yg saya ingin menyatakan sedikit kekesalan di atas hujah yg disampaikan oleh YB Salahuddin ketika berdebat dengan YB BN. Isunya kurang panas.
Isu yg dibangkitkan terlalu global, sedangkan banyak perkara tidak dibangkitkan. Kemarahan rakyat sekarang ini ialah pasal Malaysia adalah negara pengeluar minyak dunia, keuntungan hampir beratus billion, kenapa tidak diperincikan ke mana saluran wang petronas diagihkan, kita mahu jawapan yg tepat, bukan berdolak dalih seperti mana yg dijawab oleh menteri BN.
Apa yg kita tahu, subsidi banyak diagihkan kepada syarikat-syarikat yang dah kaya raya, untuk rakyat cuma 3 billion saja. Sekiranya untuk upgred perkhidmatan pengangkutan, jalan pudu masih seperti 25 tahun dulu, tetap sama, pasal bas, tambang sentiasa naik, teksi lagilah cekik darah.
Itu yg dekat bandar Kuala Lumpur, bagaimana pula yang tinggal di kampung-kampung, apakah keistimewaan mereka hasil daripada kenaikan harga minyak? Rebet ciput yg dijanjikan oleh kerajaan hanya untuk yang memiliki kenderaan.. apakah yang tidak memiliki kenderaan dikira pendatang haram sehingga tidak memperolehi sedikit imbuhan. Mereka pula terpaksa berperang dengan kenaikan harga barang yg melampau. Kalau macam ini keadaan, rakyat dah semakin membara . Tidak sabar tiga hari lagi untuk berdemo di KLCC.
Sallahuddin agak terlalu berhati-hati dalam menyampaikan hujah sehinggakan mood penonton hilang apabila mendengar hujjah anda yang agak mahal suaranya. Penonton mahukan hujah yg kuat dan boleh membuatkan Dato’ Shahril jadi bisu dan terus masuk PAS.. itu yg rakyat mahu.
Lain kali bila diajak berdebat, majlis tertinggi PAS mesti pilih orang yang betul-betul boleh berdebat. Sorry la YB salahuddin ye..
Apa pun perhimpunan pada 13/06/2008 akan diteruskan untuk membantah kenaikan harga minyak di KLCC selepas solat jumaat. - Tranungkite
Download rakaman siaran di sini
































Leave a Reply