Respon 3: Salahuddin kurang persediaan
Oleh Pemudasabah
SEDIH saya melihat kelibat YB Salahuddin kena tibai oleh Dato’ Shahrir Samad dalam perdebatan isu kenaikan harga minyak malam ini di RTM 1 yg disiarkan secara langsung.
Umpama menegakkan benang yg basah, YB Salahuddin dilihat beberapa kali mengulangi perkataan “Prudent” yg semakin lama kita mendengarnya, semakin bosanlah untuk kekal di depan kaca televisyen.
Secara peribadi, saya melihat keseriusan dan sikap berhati-hati yg ditunjukkan oleh YB Salahuddin menampakkan sikap tidak matang beliau dalam menghadapi perdebatan secara terbuka apatah lagi disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.
Sedih betul! Tak ada langsung persediaan mental dan panduan dari segi data-data statistik, kadang-kala YB Salahuddin cuba utk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah malahan Dato’ Shahrir kenampakan senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yg didakwa oleh YB Salahuddin.
Tidak cukup dgn itu, YB Salahuddin sendiri terperangkap dlm data statistik yang disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara “keuntungan” dengan “pendapatan”. Andaian secara tekaan gitu-gitu oleh YB Salahuddin dalam menyatakan suatu fakta harga minyak USD 80 setong pada tahun 2006, telah diperbetulkan oleh Dato’ Shahrir dengan nada menyindir, “tahun 2007″.
Di mana kepetahan dan kelantangan YB Salahuddin yang sentiasa dapat dilihat semasa memberi ucapan atau ceramah politik di mana2 sahaja, di mana hah? Dengan adanya peluang membahaskan suatu isu debat untuk jangkamasa yang pendek sepatutnya diambil dengan sebaik-baiknya.
Kita para penonton bukan mahu mendengar bunga bahasa yang indah belaka tetapi kurang isinya dan tidak tepat datanya. Apakah YB Salahuddin hanya bijak berkata-kata apabila tidak ada orang yang boleh membalas hujah beliau?
Kelemahan seperti ini yang terdapat pada barisan kepemimpinan pembangkang perlu diatasi dangan segera apatah lagi dalam isu pentadbiran, pengetahuan global dengan input yang tepat perlu ada dan dipelajari.
Walaubagaimana pun, misi malam ini agak tercapai juga apabila kita penonton dapat lihat Dato’ Shahrir tidak mampu memberi satu jawapan konkrit kepada isu kenaikan harga petrol dan diesel.
Beliau lebih banyak bermain kata-kata dan bercakap tentang teori semata-mata. Apa tidaknya, apabila YB Salahuddin mengemukakan bukti kukuh berkait statistik Bloomberg dan Bank Negara yg menyentuh tentang “keuntungan” beratus juta ringgit akibat kenaikan satu ringgit harga minyak setong, Dato’ Shahrir memesong bukti saintifik tersebut agar penonton dihiburkan dengan sikap error-prone YB Salahuddin yang kurang periksa akan perbezaan antara “keuntungan” dan “pendapatan”.
Sekiranya majlis seperti ini dapat diatur untuk tontonan rakyat jelata , maka kedua2 pihak perlulah menyediakan barisan panel yang cukup arif dalam isu yang diperbincangkan. Kita tidak mahu melihat ahli panel yg hanya mampu berkata-kata dengan bunga bahasa yang cukup canggih tetapi realistiknya, diri sendiri terperangkap dalam kata-katanya. - Tranungkite
Download rakaman siaran di sini
































Saya berpendapat kalu nak berhujah berhubung dengan masalah minyak negara ni samada kerajaan dan pembangkang masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri yang nampak relevan.Maknanya kalu kita dengar pihak kerajaan berhujah ada betulnya dan begitu dengan pandangan dan hujah pembangkang.
Saya bersetuju dengan Salahuddin yang menyarankan agar masalah minyak negara ini semua parti politik ,pemerintah dan NGO bergabungkan idea di satu meja bulat dengan diketepikan politik buat seketika.
Satu lagi Salahuddin telah menyedarkan rakyat seluruh Malaysia bahawa selama ini pendapatan Petronas tidak dimasukan kedalam audit negara yang tentunya memungkinkan berlakunya sebarang penyelewengan terhadap wang keuntungan itu nanti. Kaedah ini yang perlukan perubahan dan ditekankan.
Saya percaya jika dibuka perbincangan terbuka dan telus secara bermaufakat di antara semua pertubuhan tadi tentu di situ ada satu idea yang terbaik yang boleh diterima oleh semua.
Saya suka bila Salahuddin tidak pandai-pandai mengemukan sebarang idea sendiri atau daripada pihak pembangkang bila ditanya kepada beliau tentang candangannya bagi mengatasi masalah minyak negara ini.
Memang sesiapapun samada dari pihak pembangkang sekalipun bila sendiri menguruskan minyak negara nanti pasti ada masalah.
Kerana itu apabila semua pihak sudah duduk bersama dan berbincang secara terbuka dan telus maka kemudian keputusan diambil secara bersama maka barulah semua kan berpuashati dan rakyat pun terpaksalah mengikut jika itu hakikat yang kita kena terima dan kita tak akan menyalahkan sesiapa lagi.
Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila rakyat melihat kerajaan seperti pandai-pandai membuat keputusan dan meletakan beban kepada rakyat itu menyebabkan rakyat marah.
Bagi saya Misi yang dibawa oleh Salahuddin adalah berjaya kerana ini bukan masanya kita berhujah tetapi masanya kita perlu bersikap jujur dan benar-benar terbuka jika kita betul-betul mahu menyelesaikan masalah negara sekarang iaitu semua pihak perlu bersedia untuk berkerjasama dan mengenepikan politik dan fahaman buat sementara waktu duduk semeja berlapang dada dan bersedia berbincang untuk menerima sebarang keputusan secara bersama dan amanah.
Ini yang kerajaan perlu perbetulkan, jika tidak semua pendapat dan idea serta hujah pihak lain akan diketepikan begitu sahaja oleh kerajaan dan sudah pastinya ia tidak akan menjamin apa-apa yang positif.
Tetapi Dato’ Shahrir nampaknya tidak memberikan respon langsung dengan cadangan Salahuddin. Kalau sudah memang kerajaan memang jenis ‘keras kepala’ dalam menerima pendangan sebaik itu maka sepatut ia digantikan terus di PRU13 akan datang. Insyaallah….
M.Lokman Yasin (siasahreform.blogspot.com)