Respon 4: Setuju saranan Salahuddin

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh M Lokman Yasin

SAYA berpendapat kalau nak berhujah berhubung dengan masalah minyak negara, sama ada kerajaan atau pembangkang masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri yang nampak relevan. Maknanya kalau kita dengar pihak kerajaan berhujah ada betulnya dan begitu juga dengan pandangan dan hujah pembangkang.

Saya bersetuju dengan Salahuddin yang menyarankan agar masalah minyak negara ini semua parti politik, pemerintah dan NGO bergabungkan idea di satu meja bulat dengan mengetepikan politik buat seketika.

Satu lagi Salahuddin telah menyedarkan rakyat seluruh Malaysia bahawa selama ini pendapatan Petronas tidak dimasukan ke dalam audit negara yang tentunya memungkinkan berlakunya sebarang penyelewengan terhadap wang keuntungan itu nanti. Kaedah ini yang perlukan perubahan dan ditekankan.

Saya percaya jika dibuka perbincangan terbuka dan telus secara bermuafakat di antara semua pertubuhan tadi tentu di situ ada satu idea yang terbaik yang boleh diterima oleh semua.

Saya suka bila Salahuddin tidak pandai-pandai mengemukakan sebarang idea sendiri atau daripada pihak pembangkang bila ditanya kepada beliau tentang cadangannya bagi mengatasi masalah minyak negara ini.

Memang sesiapapun sama ada dari pihak pembangkang sekalipun bila sendiri menguruskan minyak negara nanti pasti ada masalah.

Kerana itu apabila semua pihak sudah duduk bersama dan berbincang secara terbuka dan telus maka kemudian keputusan diambil secara bersama maka barulah semua kan berpuashati dan rakyat pun terpaksalah mengikut jika itu hakikat yang kita kena terima dan kita tak akan menyalahkan sesiapa lagi.

Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila rakyat melihat kerajaan seperti pandai-pandai membuat keputusan dan meletakkan beban kepada rakyat itu menyebabkan rakyat marah.

Bagi saya misi yang dibawa oleh Salahuddin adalah berjaya kerana ini bukan masanya kita berhujah tetapi masanya kita perlu bersikap jujur dan benar-benar terbuka jika kita betul-betul mahu menyelesaikan masalah negara sekarang iaitu semua pihak perlu bersedia untuk berkerjasama dan mengenepikan politik dan fahaman buat sementara waktu duduk semeja berlapang dada dan bersedia berbincang untuk menerima sebarang keputusan secara bersama dan amanah.

Ini yang kerajaan perlu perbetulkan, jika tidak semua pendapat dan idea serta hujah pihak lain akan diketepikan begitu sahaja oleh kerajaan dan sudah pastinya ia tidak akan menjamin apa-apa yang positif.

Tetapi Dato’ Shahrir nampaknya tidak memberikan respon langsung dengan cadangan Salahuddin. Kalau sudah memang kerajaan memang jenis ‘keras kepala’ dalam menerima pendangan sebaik itu maka sepatut ia digantikan terus di PRU-13 akan datang. Insya-Allah.

(Siasahreform.blogspot.com)

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


3 Responses to “Respon 4: Setuju saranan Salahuddin”

  1. pandangan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pada rancangan “Bersemuka” mengenai isu harga minyak bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad.

    MENGECEWAKAN!! KAKU!! TIADA HUJAH KUKUH!!!
    What Wrong ???PEMUDA PAS???

    MALU,MALU,MALU.

  2. Memang diakui sepanjang debat tu berlangsung kelihatan ada waktunya seolah-olah YB Salahuddin tidak membuat persediaan yang begitu rapi. Banyak fakta yang sepatutnya didedahkan kepada rakyat secara lebih ilmiah dan tepat gagal dimanfaatkan oleh YB Salahuddin.

    Apapun, banyak juga pandangan dan syor beliau yang bernas dan menampakkan bahawa YB Salahuddin ini begitu mendekati rakyat terbanyak dan faham serta mengerti penderitaan yang dialami rakyat ekoran kenaikan harga minyak yang menggila ini. Dan pada Pok Nik, cadangan dan syor beliau berkenaan perlunya Kerajaan Pak Lah menghebahkan kepada umum segala keuntungan yang diperolehi Petronas dan kemana wang itu dibelanjakan. Kerajaan Pak Lah perlu lebih telus dalam perkara ini dan memandang berat pandangan dan syor YB Salahuddin. Tahniah YB, anda telah menterjemahkan setiap patah perkataan yang terbuku dihati rakyat tertindas.

    Tahniah Pemuda PAS.

  3. marzuki mengarut… kritikan tidak membina. tahniah salahuddin telah menunjukkan sikap tenang dalam menangani ketidak kompeten kerajaan dalam menangani masalah rakyat

Leave a Reply