Shabery mula tiru perangai Zainuddin Maidin
13 Apr | 8.05am
ALAHAI Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang cuba tunjuk sikap keterbukaan dengan mahu menyiarkan siaran langsung setengah jam soal jawab Parlimen tapi kini mula menunjukkan belang bahawa dia sama sahaja dengan ahli-ahli politik Umno lain yang bebal dan pekauman itu.
Beliau mengarahkan Radio Selangor FM keluar daripada Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah milik kerajaan Selangor, sambil menuduh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kemaruk kuasa dan terus membuat fitnah bahawa kerajaan campuran itu “menggunakan RM100 juta untuk babi tetapi halau agensi kerajaan pusat dari bangunan SUK itu.”
Alahai Shabery, janganlah buat bodoh pula, tengoklah apa RTM buat di Kelantan; apa pernah kerajaan PAS Kelantan diberi ruang untuk menyampaikan maklumat dan penjelasan kepada rakyat selama 18 tahun memerintah? Usahlah berbelit kata untuk menggambarkan bahawa Khalid kemaruk kuasa atau kamu itu yang tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa RTM adalah terbina atas wang pembayar cukai dan tiak harus diguna sebagai suara Umno yang sedang runtuh perlahan-lahan.
Semua tahu Selangor FM, begitu juga rancangan radio untuk negeri-negeri lain, semuanya diperkudakan demi kepentingan politik Umno. Janganlah cuba menyelindungkan agenda busuk dan karut RTM sehingga kepada negeri-negeri yang dikuasai parti bukan BN, langsung pemimpin negerinya tidak diberi peluang untuk bercakap secara langsung dengan rakyat yang telah memilih mereka dalam pilihan raya.
Lagipun Shabery, janganlah mudah sangat bercakap bohong, awak itu menteri baru, tapi buat perangai macam Zam, bekas menteri penerangan. Dan janganlah cuba main sentimen murahan dengan kaitkan projek penternakan moden babi di Sepang itu.
Bila pula kerajaan negeri keluarkan RM100 juta untuk babi-babi itu? Tolonglah Shabery, janganlah rendahkan martabat awak sendiri. Tiada dana awam yang terlibat dalam projek yang sudah diluluskan oleh kerajaan BN dahulu pimpinan Khir Toyo itu. Udah-udahlah Shabery, sentimen perkauman itu isu lapuk, kelak tikam balik belakang kamu dan Umno sendiri.
DIN TUALANG
































Cakap tak serupa bikin itu adalah sifat munafik. Suka bercakap bohong adalah sifat munafik. Suka putar belit adalah sifat munafik. Suka mengambil kesempatan menindas orang lain dengan membelakngkan peraturan Islam kerana memiliki kuasa adalah sifat munafik. Munafik adalah orang yang zahirnya Islam tetapi hakikatnya jauh lebih KAFIR daripada orang kafir. Wallohua’lam
ada logik juga kalau MB selangor tu halau selangor FM dari bangunan SAAS tu.
kerajaan selangor dah sediakan tempat, kemudahan, kelengkapan dan sebagainya, dinamakan pula selangor fm…tak kiralah kerajaan dulu ke sekarang yang bagi…yang penting kerajaan yang dipilih rakyat…tetiba, radio tu pegi dok kutuk kerajaan selangor, buat isu-isu ‘ngong’, dan sebagainya, sapa tak marah..
namanya pun selangor fm, bukan putra fm ke apa ke…selangor fm..dah tentu merupakan saloran komunikasi antara kerajaan selangor dengan rakyat..
tapi shabery cheek yang taklah cerdik sangat, kira nak bodek bos saja dia ni…telah ulas dengan macam2 komen…
komen pulak yang sesuai didengar oleh ahli umno saja, bukan seluruh rakyat selangor..
shabery..shabery…kalau rasa pandai pun…jangan ‘rasa’ rakyat atau oran awam’ ‘ngong’..
zaman dah berubah..ramai cerdik pandai sekarang lulusan universiti juga, bukan tinggal atas pokok lagi..
bawa bertenang la shabery…
kisah dia macam ni lah..
ada seorang tetamu tumpang kat rumah kita…
kita pun bagilah katil, bantal, cadar, selimut, aircond dalam bilik tetamu tu selama mana dia tinggal kat rumah kita dan sebagainya, tiba-tiba tetamu tadi kerja dia lain tak ada asyik kata kita ni penipu, penyangak, pendusta, pembelit…!! marah tak kita? makan minum kita bagi kat tetamu tu…jadi kalau kita halau tetamu tu pun kira munasabahlah..tak payah menyesallah..
kesian ahmad shabery cheek…
teserlah ketidakbijaksanaannya…
ape salahnya bagi ruang kepada kerajaan negeri selangor buat ulasan kepada isu semasa…
berlaku adillah bila dapat mandat…
benar atau salah laporan kerajaan selangor biarlah rakyat selangor yang manilai…
menilai
Allah menguji manusia dengan banyak perkara dan medan. Salah satunya ialah kuasa atau jawatan. Kalau gagal kita dalam memikul tanggungjawab sesuatu jawatan itu, maka beerti gagallah juga kita dalam menempuh ujian ALLAH.
Yang penting, jawatan yang diberikan adalah berupa amanah yang harus dipikul, bukan untuk dikhianati, apatah lagi diguna sesuka hati, demi untuk kepuasan hati sendiri dan juga kroni.