Ku Li tidak berganjak hasrat tanding Presiden Umno

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Umno

26 Apr | 7.20am
KOTA BHARU: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan belaiu tidak akan menarik diri daripada hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Umno walaupun ditakdirkan berlaku peralihan kuasa sebelum pemilihan parti Disember depan.

Ketua Umno bahagian Gua Musang itu berkata beliau tegas dengan keputusannya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu jika mendapat cukup pencalonan.

“Peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena dengan parti dan beliau mempunyai hak untuk bertanding sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi.

“Soal UMNO bukan kerajaan, saya cuma menawar diri kalau cukup pencalonan daripada bahagian untuk UMNO, tidak ada kena mengena dengan kerajaan… Saya hendak menawarkan diri untuk berkhidmat, jadi kalau cukup pencalonan, saya akan tawarkan diri,” menurut Tengku Razaleigh.

Beliau yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini semalam berkata demikian ketika mengulas mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib yang diumumkan Perdana Menteri pada 14 April lalu.

Abdullah bagaimanapun berkata pelan peralihan kuasa itu akan hanya dibincangkan selepas pemilihan parti.

Sementara itu Tengku Razaleigh turut menegaskan nada sama sewaktu berucap pada program yang dinamakan ‘Amanat Penting’ di Balai Islam, Lundang malam tadi.

Tambah beliau, berlaku banyak amalan seperti korupsi dan penyalahgunaan kuasa perlu dibersihkan dalam parti itu yang pada kaca matanya tidak boleh lagi dilakukan oleh pucuk pimpinan sekarang.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply