Mahathir kesal benarkan Abdullah sertai semula Umno
SUBANG, 27 Mei: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau menyesal kerana membenarkan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyertai semula Umno, seterusnya bertanding jawatan dalam parti.
Bercakap kepada pemberita selepas pulang dari Tokyo, Jepun di sini, petang ini, beliau yang mengumumkan keluar parti 19 Mei lalu berkata, perjuangan ahli Umno sekarang lebih mengutamakan pemimpin tertentu, bukannya parti.
“Saya rasa amat sedih kerana Umno sekarang pemimpin dan ahlinya sudah tidak lagi utamakan perjuangan parti, sebaliknya hanya berjuang untuk mengekalkan Abdullah Ahmad Badawi.
“Kononnya kalau tak setia kepada Abdullah bermakna kita tak setia kepada parti. Dia (Abdullah) lupa masa saya jadi presiden dulu, dia tak setia kepada saya, tapi saya tak tuduh dia tak setia kepada parti, sebab itu dia boleh balik boleh bertanding sampai jadi naib presiden dan timbalan presiden dan akhirnya presiden. Inilah orang tak tahu kenang budi,” katanya. - BH
































[…] kelantankini […]