Rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno - BPR
PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat beberapa kes rasuah dalam mesyuarat pemilihan cawangan Umno selepas menahan calon Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang pada Sabtu lalu kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, laporan yang diterima BPR menunjukkan gejala rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno walaupun bilangannya kecil.
“Kita ada beberapa kes lagi dalam siasatan tetapi biarlah kita selesaikan dulu. Kita juga ada terima laporan ia memang berlaku tetapi tidak banyak dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya selepas perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, Isnin.
Ahmad Said diminta mengulas tindakan BPR berhubung dakwaan politik wang pada pemilihan Umno tahun ini.
Kelmarin, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata Mohd Nor ditahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada jam 4 petang. (Berita penuh..)
































SALAM RASUAH,
UMNO MEMANG PUAK NAS RASUAH AGUNG DI MALAYSIA,
UMN0- ( UWANG,MAINAN ,ORANG UMNO ), MERAKA JIKA TAK DI RASUAH, MERASUAH MAIN RASUAH, MERAKA TAK HIDUP , TUHAN MEREKA ADALAH WANG, DUIT, N BURIT.
JAHANAM UMNO DAN PARA PERASUAH