Adun bantu anak yatim, pelajar IPT

TUMPAT: Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran menyampaikan sumbangan kepada 70 anak yatim bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Sumbangan berupa wang tunai dan hamper itu disampaikan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim pada majlis yang diadakan Jumaat lepas.

Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, berharap bantuan itu dapat menggembirakan anak yatim berkenaan serta meringankan beban penjaga mereka.

Sementara itu di TANAH MERAH, pelajar dalam Dun Gual Ipoh yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan daripada Adun kawasan berkenaan, Wan Yusoff Wan Mustaffa.

Pada majlis itu juga Wan Yusoff turut memberi kata-kata semangat kepada pelajar berkenaan bagi meneruskan pengajian mereka dengan jayanya.

“Apa yang pasti mereka merupakan pelapis generasi masa depan negara dan dengan pendidikan yang akan diterima di menara gading nanti akan membentuk syaksiah diri yang sempurna,” katanya.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment