Ar-Rahn: Pengalaman pahit bagi PKB

KOTA BHARU: Kejadian rompakan kedai Pajak Gadai Ar-Rahn yang menyebabkan barang kemas milik pelanggannya berjumlah RM18 juta lesap adalah pengalaman cukup ‘pahit’ bagi Permodalan Kelantan Berhad (PKB) kerana mendakwa sistem keselamatan yang ada di situ sudah cukup ketat.

Pengarah Eksekutifnya, Wan Yahya Wan Salleh berkata ekoran kejadian itu, semua sistem keselamatan di premis tersebut telah rosak antaranya melibatkan sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV).

Sehubungan itu PKB menubuhkan Pasukan Tindakan Khas untuk melakukan penambahbaikan tahap keselamatan di kedai pajak gadai Islam Ar-Rahn di cawangan di sini ekoran kejadian luar dugaan itu.

“Kita kini sedang membaik pulih sistem keselamatan yang rosak selain memikir ciri-ciri keselamatan lain yang boleh dipertingkatkan di bilik kebal tersebut,” kata beliau.

Wan Yahya memberitahu, bagi langkah keselamatan jangka pendek, pihaknya telah meletakkan pengawal keselamatan yang perlu menjaga premis tersebut yang masih ditutup.

Mengenai jumlah kerugian, katanya, setakat ini jumlah sebenar kehilangan barang kemas belum dapat dinilai ekoran berhadapan dengan masalah sistem komputer yang belum diperkemaskan sepenuhnya.

“Kita juga masih tidak dapat mengetahui mana-mana pelanggan yang kehilangan barangan dalam kejadian itu kerana ada masalah dengan sistem yang ada,” jelasnya.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment