Perompak pecah masuk kedai Ar-Rahn KB

KOTA BHARU: Bilik kebal sebuah kedai pajak gadai Islam Ar-Rahn milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di Jalan Tok Hakim di sini dipecah masuk sebelum barangan kemas dianggarkan bernilai RM18 juta lesap.

Kejadian pukul 12.09 pagi kelmarin sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut dengan imej empat lelaki bertopeng dilihat berada di bilik kebal itu.

Anggota polis memeriksa bangunan Ar-Rahn di Kota Bharu semalam selepas menyedari premis tersebut dirompakTidak diketahui apa yang berlaku CCTV itu kemudiannya didapati rosak separuh jalan.

Kehilangan sejumlah besar barangan kemas itu hanya disedari pukul 3 pagi semalam selepas ibu pejabat syarikat pembekal sistem penggera keselamatan di Kuala Lumpur mendapati sistem tersebut tidak berfungsi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, syarikat tersebut kemudiannya memaklumkan apa yang berlaku kepada pengurus kedai pajak gadai berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Menurut beliau, seorang kaki tangan kedai pajak gadai itu kemudiannya membuat laporan polis.

“Siasatan polis mendapati, penjenayah terbabit telah menceroboh masuk ke kedai pajak kedai itu menerusi bumbung dan menyusuri lubang udara sebelum menebuk pula lubang di bilik kebal.

“Lubang tersebut dipercayai ditebuk menggunakan peralatan moden dan canggih,” katanya ketika ditemui semalam.

Rahim memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut, mendapati sebahagian barangan kemas milik pelanggan yang disimpan di dalam 238 kotak di bilik kebal tersebut hilang.

Bagaimanapun, jelas beliau, wang tunai yang berjumlah RM390,000 yang turut disimpan di dalam bilik tersebut tidak hilang dan masih ada di situ.

“Kejadian ini merupakan kejadian jenayah terbesar untuk tahun ini dengan modus operandi dan cara yang digunakan melibatkan penjenayah profesional,” kata beliau.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment