Anwar dibogel, diperiksa seluruh badan

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau telah dibogelkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam.

Menurut Anwar, seluruh badannya diperiksa, termasuk anggota sulit tetapi beliau enggan membenarkan polis mengambil gambar fizikalnya kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga “ukur apa yang perlu” dan beliau “ikut semuanya (arahan doktor)”.

“Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada,” katanya.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau - yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 - masih ada dalam simpanan polis.

Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, yang pada waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya.

“Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan,” kata Anwar.

“Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi,” katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment