Nasional
- August 8, 2008
Anwar yakin Pakatan Rakyat bentuk kerajaan - Malaysiakini
PETALING JAYA: Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan mampu mengambil alih tampuk pemerintahan negara, apabila mendapat bilangan anggota parlimen yang mencukupi, September ini.
Menurut Anwar apabila Pakatan Rakyat memerintah, rakyat tidak perlu lagi “takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang sewenang-wenangnya” sebagaimana berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.
Sebelum ini, mantan timbalan perdana menteri berkata, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pakatan pada tarikh tersebut.
Bercakap dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar juga yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos depan.
Semalam, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.
Dia dituduh melakukannya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Beliau juga meminta supaya dijamin keselamatan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang sebelum ini telah melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.
Dr Mohamed Osman telah membuat akuan berkanun yang bertarikh 1 Ogos lalu bahawa beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Saiful yang mendakwa diliwat oleh Anwar.
Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat. (Lagi..)
















untuk menempah iklan di web ini.







2 Responses to “Anwar yakin Pakatan Rakyat bentuk kerajaan - Malaysiakini”
Even if the crossover happens, it cannot deny the truth; it will be undemocratic.
By Unbiased Malaysian on Aug 8, 2008