DNA: Terserah pada polis jika hendak guna saluran mahkamah
PEGUAM kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pihak polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka mahu mengambil sampel DNA anak guamnya itu.
Bagaimanapun, Sankara berkata, usaha polis itu mungkin dikecewakan seperti dalam kes-kes pernah berlaku sebelum ini.
“Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh dari badan,” katanya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihak polis akan menggunakan ruang undang-undang yang ada untuk
mendapatkan contoh DNA Anwar.
Bagaimanapun tambah Sankara, Anwar sedia membenarkan polis mengambil sampel DNA dari badannya jika mahkamah memerintah demikian.
Bercakap kepada pemberita di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, Sankara berkata, polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka mahu sampel DNA tersebut.
Semalam, sewaktu ditahan, Anwar enggan memberi contoh DNA darinya kepada pihak polis bila mereka membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
















untuk menempah iklan di web ini.







5 Responses to “DNA: Terserah pada polis jika hendak guna saluran mahkamah”
Harapnya hakim dalam kes anwar tak berat sebelah dan kalau hakim menolak permohonan polis, apa agaknya cara ‘lain’ lagi yang polis fikirkan.
Atau buat secara paksa, kalau tidak pun ambillah arahan daripada cik khairy nantu pok loh tu..
By Pak Su on Jul 18, 2008
Rasanya sukar mahkamah tidak membenarkan polis mengambil sample DNA Anwar kali ini. Kalau kes dulu mereka boleh, kes kali ini lagi bolehh!!
By Syakir on Jul 18, 2008
Saya pun tak berapa yakin mahkamah akan tolak permohonan polis.. Apa susah yang kontrol semua ni kan Umno/BN. Kalau dah arahan politik senang je dapat kelulusan mahkamah.
By lokman on Jul 18, 2008
Kalau kes ni memang konspirasi politik tak susah polis dapatkan arahan mahkamah. Rakyat semua pun dah tak yakin dengan mahkamah di malaysia ni.
Hanya keajaiban yang dapat menggagalkan usaha polis dan para konsirator.
ALLAHU AKBAR!!!
By mata-mata on Jul 18, 2008