Doktor Pusrawi pertahan laporan ‘Saiful tidak diliwat’

KUALA LUMPUR: Dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan - pemuda yang mendakwa diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mohamed Osman, yang memeriksa pemuda itu beberapa jam sebelum membuat laporan polis 28 Jun lalu, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd Saiful.

Liwat: Episod 1998 berulang, Anwar dituduh lagi

Kes liwat: Anwar mengaku tidak bersalah

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment