Polis tolak gunakan DNA 10 tahun lalu

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan menggunakan contoh DNA Dato’ Seri Anwar Ibrahim 10 tahun lalu yang berada dalam simpanan pasukan berkenaan bagi siasatan kes liwat membabitkan Penasihat PKR itu kali ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata apa yang berlaku sekarang berlainan dengan kes dulu.

“Sekarang adalah sekarang dan yang lepas adalah lepas. Kita cakap tentang sekarang,” katanya.

Ismail berkata demikian ketika ditanya sama ada polis akan menggunakan contoh DNA yang diambil daripada Anwar 10 tahun lepas (ketika beliau berdepan tuduhan serupa) untuk disepadankan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes kali ini.

Sehubungan itu katanya, polis sedang menilai daripada aspek undang-undang bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memperoleh contoh DNA Anwar.

Anwar yang ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kelmarin untuk disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya menolak permintaan polis untuk menjalani ujian DNA itu.

Mengulas perkara itu Ismail berkata dalam kes liwat adalah penting untuk mendapatkan contoh DNA daripada orang yang dituduh terlibat.

Dalam pada itu Ismail berkata, pembebasan Anwar dengan jaminan polis semalam akan memberi peluang kepada polis mengambil keterangan baru bagi melengkapkan siasatan.

“Kita akan berusaha mencari bukti-bukti yang ada bagi menguatkan siasatan. Pegawai penyiasat tahu apa yang dimahukannya,” kata Ismail.

Beliau berkata Anwar akan diminta melaporkan diri kepada polis dalam masa yang ditentukan kemudian.

Mengulas layanan polis sepanjang penahanan Anwar, Ismail berkata polis memberi layanan yang baik mengikut peruntukan undang-undang di bawah Kanun Acara Jenayah.

“Semasa dalam tahanan, peguam-peguam dapat berjumpa dengannya, malah semasa rakam percakapan, peguam ada bersamanya. Begitu juga apabila kami memberi kemudahan bersolat, makan minum, mengikut prosedur-prosedur lokap kita.

“Isteri beliau turut dibenarkan melawat termasuk tengah malam untuk memberi ubat,” katanya.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb
  1. One Response to “Polis tolak gunakan DNA 10 tahun lalu”

  2. Penjelasan ISU MUZAKARAH dan ISU LIWAT DSAI Oleh Yb. Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Yb. Saifuddin Nasution.. Sila ke jijiejohn.blogspot.com

    By BrotherJohn on Jul 31, 2008

Post a Comment