Pakatan
- August 9, 2008
Ada pemimpin Pakatan Rakyat dengki Anwar
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
Laporan Bernama yang dipetik Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Kelantan berkata, terdapat pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.
“Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran MATA peringkat negeri hari ini.
Beliau mengulas hasrat Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.
Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.
“Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi ahli parlimen di Dewan Rakyat,” katanya.
Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, PAS harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen itu.
Katanya, beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan PAS, namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.
“PAS perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati penasihat PKR itu merupakan pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa.
















untuk menempah iklan di web ini.







One Response to “Ada pemimpin Pakatan Rakyat dengki Anwar”
saya menyokong penuh sikap ketrbukaan tok guru nik aziz dalam hal ini..jangan kita sekat bakat serta kelayakkan yang ada pada seseorang..ini suatu yang bercanggah dengan syariat islam..anwar mampu membawa perubahan lanskap politik serta mentadbir negara dengan baik..saya syorkan bagi peluang pada anwar..insyaAllah allah bersama kita..amin
By nik ab aziz nik mat on Aug 9, 2008