Ayahanda Haji Saufi kembali ke rahmatullah
KOTA BHARU: Ayahanda Pak Su Pi atau nama sebenarnya Haji Saufi Osman, 66, meninggal dunia petang semalam kerana penyakit angin ahmar (stroke) yang dialaminya sejak dua tahun lalu.
Allahyarham yang merupakan aktivis PAS yang cukup disegani di negeri Kelantan meninggal dunia di rumah isteri keduanya di Bunut Payong, kira-kira jam 3.30 petang semalam (5 Ogos).
Jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuchelong, Bachok kira-kira jam 11 malam tadi.
Semasa hayatnya Ayahanda Haji Saufi terkenal sebagai seorang yang agak gelakar dengan pelbagai coloteh, suka berjenaka dalam membuat teguran sehingga terkesan ke lubuk hati.
Gurauannya yang biasa ialah suka mencium tangan sesiapa sahaja, walaupun dengan orang yang lebih muda.
Allahyarham terlibat dengan PAS sejak zaman Dato’ Asri Muda lagi. Malah ketika PAS menyertai kerajaan campuran pada 1973 beliau pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang.
Mendapat pendidikan agama di Pondok Bunut Payoang dan Pondok Pasir Tumbuh.
Berita kematiannya petang semalam mengejutkan mesyuarat Perhubungan PAS Kelantan yang mana ketika itu sedang dipengerusikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Ekoran itu, Menteri Besar bergegas menziarahi jenazahnya sebelum dibawa pulang ke rumah isteri pertama di Kampung Kuchelong. Sememangnya kehilangan Ayahanda sukar dicari ganti.
Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
















untuk menempah iklan di web ini.







2 Trackback(s)