Permatang Pauh: Muktamar tidak halang PAS bantu kempen

KUALA LUMPUR: Sekali pun sibuk dengan urusan Muktamar Tahunannya, PAS tetap akan membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan ditandingi Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberi jaminan parti itu juga turut akan menghantar petugas pada hari penamaan calon, 16 Ogos ini yang merupakan hari kedua berlangsungnya Muktamar PAS di Ipoh, Perak.

Katanya, kesibukan dengan urusan muktamar tidak akan menghalang PAS untuk turut sama memastikan Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini disandang Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan berkenaan katanya, membuktikan semangat kesetiakawanan PAS dalam PR tetap utuh sekalipun PAS boleh membuat keputusan untuk menumpukan sepenuh komitmen kepada muktamarnya.

“Jawatankuasa PAS Pusat akan memutuskan untuk menghantar petugas bagi membantu kerja-kerja di Permatang Pauh pada hari penamaan calon nanti,” katanya pada sidang media bersama Anwar di Ibu Pejabat PKR di sini, kelmarin.

Dr Hatta yang juga anggota Parlimen Kuala Krai, Kelantan turut menjelaskan tarikh 16 Ogos sebagai hari penamaan calon menjadi cabaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat memandangkan sehari selepas berakhirnya muktamar iaitu pada 18 Ogos merupakan tarikh bermulanya sidang ketiga Dewan Rakyat bagi penggal ini.

“Kita akan mengemaskini dan menyusun pembahagian kerja di kalangan Pakatan Rakyat bagi memberikan tumpuan agar segala perancangan berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Muktamar Tahunan PAS ke-54 akan bermula pada 13 hingga 17 Ogos, tarikh penamaan calon di Permatang Pauh jatuh pada 16 Ogos manakala Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 18 Ogos.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment