Debat: Mukhriz tidak setuju cadangan Khairy

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, tidak bersetuju dengan cadangan Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yang mahu berdebat bagi menjelaskan pendirian perjuangan masing-masing.

Mukhriz berkata, soal pemilihan parti itu merupakan hal ehwal keluarga Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

“Hal dalaman Umno mempunyai banyak perkara tersirat dan debat sebegini mampu melemahkan parti terutama ketika parti menghadapi banyak cabaran.

“Lagipun tak payah debat-debat kerana para perwakilan sudah kenal rapat dengan calon dan mereka cukup matang memilih yang paling layak,’ katanya di sini kelmarin.

Mukhriz menjelaskan, platform berdebat sebegitu tidak mencerminkan kredibiliti seseorang calon dengan jelas sebaliknya keikhlasan dan pengorbanan seseorang yang bertanding terserlah melalui penilaian umum sepanjang perjalanan karier politik masing-masing.

“Setiap calon Ketua Pemuda harus dinilai melalui track record, sifat amanah dan siapa yang dilihat sanggup berkorban untuk rakyat. Yang paling penting, secara umumnya, calon yang mengamalkan politik wang harus ditolak kerana ia akan membinasakan parti,” tegasnya.

Katanya, tempoh pencalonan sehingga Mac depan merupakan masa yang panjang dan beliau terus memerlukan sokongan daripada semua pihak.

Utusan Malaysia

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment