Ezam kembali masuk Umno
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor kembali semula ke pangkuan Umno, sekaligus mengesahkan desas-desus mengenainya di internet sejak seminggu lalu.
Laman web Malaysiakini dan KLpos melaporkan Ezam menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi di bangunan Parlimen, petang ini.
Abdullah dalam sidang media kemudiannya berkata, Ezam diterima menyertai Umno tanpa sebarang syarat.
Sejak seminggu lalu, laporan kemasukan Ezam ke pangkuan parti lamanya itu mendapat perhatian meluas kebanyakan laman web dan blog.
Pada sidang media yang dihadiri puluhan wartawan itu, Abdullah mendakwa kemasukan Ezam ke dalam Umno akan menguatkan lagi parti itu setelah dilanda pelbagai kemelut sejak pilihan raya umum lalu.
Kemelut itu menjadi bertambah buruk apabila beberapa pemimpin parti itu secara terbuka mendesak Abdullah melepaskan jawatannya dalam parti dan kerajaan.
Lebih buruk apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik kepemimpinan Abdullah dan menuntut beliau berundur dengan segera.
Kemuncak penentangan Mahathir apabila beliau mengumumkan keluar daripada Umno minggu lalu dan bersedia untuk kembali semula ke dalam parti itu sekiranya Abdullah berundur.
















untuk menempah iklan di web ini.







1 Trackback(s)