Hak Mahathir ramal BN tewas di Permatang Pauh

KOTA BHARU: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk mendakwa BN tidak akan menang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berdasarkan kepada kemenangan pembangkang pada beberapa penggal pilihan raya sebelum ini.

“Itu tafsiran Tun (Dr Mahathir). Apa pun Umno dalam situasi mana sekali pun, bukan sahaja di Permatang Pauh kami akan meletak calon yang kami fikir adalah terbaik.

“Saya tak fikir Umno akan letak calon yang tidak wibawa sebaliknya calon terbaik dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan (pada pilihan raya kecil itu),” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai Tata Etika Umno di sini, semalam.

Semalam, Dr Mahathir meramalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu akan dimenangi Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memandangkan BN tiada calon terbaik yang boleh menggugat kedudukan Anwar.

Menurut Muhyiddin, walaupun BN mempunyai laluan berliku pada pilihan raya kecil itu tetapi BN tetap mempunyai peluang untuk merampas kerusi berkenaan.

“Saya tidak kata ia laluan sukar tetapi ia tidak mudah bagi BN di tempat itu tetapi apa pun rakyat akan membuat pilihan terbaik untuk mereka,” katanya.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment