Ku Li nafi tarik diri tanding Presiden Umno

KOTA BHARU, 30 Mei: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Umno jika Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat.

Tengku Razaleigh yang mengumumkan untuk bertanding jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu sebaliknya menegaskan tetap akan bertanding jawatan berkenaan meskipun Abdullah memutuskan untuk berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.

“(Dakwaan) Itu tidak betul. Saya menawarkan diri (bertanding jawatan Presiden) untuk membantu memulihkan keadaan dalam negara yang tidak begitu baik.

“Saya menawarkan diri bukan hanya kerana faktor Pak Lah (Abdullah) tetapi kerana keperluan untuk menyegarkan semula Umno dan mengembalikan arah tuju memandangkan masa depan (parti) kelihatan malap.

“Ia juga untuk menghidupkan usaha pembangunan negara. Apa pun saya nak tunggu sehingga bulan Disember ini,” kata ketua Umno bahagian Gua Musang itu selepas merasmikan Persatuan Seni Silat Tomoi Kelantan di Kuala Besar di sini hari ini.

Pemilihan parti sepatutnya diadakan tahun lalu tetapi ditangguhkan sehingga bulan Disember disebabkan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment