Pemilihan Umno: BPR sahkan gejala rasuah memang berlaku

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengesahkan gejala rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno berdasarkan laporan diterima badan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, BPR sedang menyiasat beberapa kes rasuah dalam mesyuarat pemilihan cawangan Umno selepas menahan calon Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang pada Sabtu lalu kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti.

“Kita ada beberapa kes lagi dalam siasatan tetapi biarlah kita selesaikan dulu. Kita juga ada terima laporan ia memang berlaku tetapi tidak banyak dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Ahmad Said diminta mengulas tindakan BPR berhubung dakwaan politik wang pada pemilihan Umno tahun ini.

Kelmarin, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata Mohd Nor ditahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada jam 4 petang.

Penahanan Naib Ketua Umno Seremban itu adalah kes pertama dakwaan politik wang membabitkan calon bertanding bagi pemilihan kali ini.

Sehubungan itu, Ahmad Said meminta Umno mengemukakan maklumat dan bukti berhubung dakwaan politik wang pada mesyuarat cawangan yang berlangsung sekarang bagi memudahkan siasatan.

“Berikan kami butiran atau bukti, bukan sekadar tuduhan atau surat layang. Jika ada bukti, beritahu kami dan kami akan uruskan. Kami perlukan bukti kukuh untuk membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan laporan Berita Harian hari ini menyebut mesyuarat Umno cawangan Sedili Kecil dalam bahagian Kota Tinggi kelmarin, kecoh apabila bekas ketua cawangannya yang didakwa penyokong Datuk Seri Syed Hamid Albar bergaduh dengan penyokong calon Ketua bahagian Umno Kota Tinggi, Daing A Malik Daing A Rahman.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, bekas Ketua Cawangan Umno berkenaan dikenali sebagai Jamat mahu undian untuk pencalonan lima perwakilan ke pemilihan Umno bahagian dibuka semula selepas tidak berpuas hati dengan keputusan awal.

Setiausaha Umno cawangan berkenaan, Sultan Shahril Siaman, berkata selain Jamat, bekas Ketua Pemuda Umno cawangan berkenaan, Awi Abdul Rahman turut membuat kecoh dengan menolak meja serta menghempas kerusi.

“Pada mulanya, mesyuarat berlangsung dengan baik sehinggalah Jamat dan Awi menimbulkan kekecohan disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan Pengerusi Tetap yang mahu ahli Umno cawangan sendiri membuat keputusan sama ada bersetuju supaya undian dibuka semula untuk pencalonan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Daing A Malik; Ketua Pemuda Umno Kota Tinggi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili, Rashman Ithnain serta Naib Ketua bahagian, Zain Arif.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan menerima lima laporan berhubung pergaduhan yang berlaku ketika Mesyuarat Umno cawangan berkenaan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kita akan memanggil beberapa individu bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Pemilihan Umno paling buruk - Hamid Albar

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb
  1. 2 Responses to “Pemilihan Umno: BPR sahkan gejala rasuah memang berlaku”

  2. Semua warga UMNO Malaysia,
    Asalamualaikum WT
    ‘UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA’
    satu pandangan ahli akar umbi.

    UMNO dilihat oleh setengah pihak semangkin lemah dan kurang berperanan sebagai mewakili warga Melayu dan bumiputra dibumi sendiri, adakah ini satu kebenaran? Atau perancangan pihak tertentu dalam UMNO sendiri atau suatu kesan daripada serangan parti lawan yang tidak senang kepada kekuatan UMNO selama ini.

    Pilihanraya Ke 11 BN memenangi majority terbesar dan paling membanggakan Terengganu telah kembali kepada BN. UMNO berjaya menguasai hampir keseluruhan DUN dan Parlimen Malaysia. Timbul pula pandangan bahawa BN tidak perlu terlalu kuat. Persoalan sekarang:

    1. Siapakah yang memberikan pandangan BN tidak perlu terlalu kuat?
    Apa motifnya
    Mengapa ada ahli UMNO sendiri berasa tidak ‘selesa’ atas kekuatan BN.
    Adakah ia berkaitan dengan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    Siapa yang paling kuat menentang kemasukan DSI dalam UMNO selepas pembebasannya, jika pun DSI ingin bersama kembali kepada UMNO? Atas dasar apa mereka menentang? Penyatuan Bangsa Melayu dan Negara Malaysia? Atau kronism?
    2. Selepas pilihanraya ke 12 suasana dan iklim UMNO khususnya bertambah ‘HANGAT’ kesalahan dituding kepada Pak Lah seorang, dimanakah peranan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MT UMNO. Adakah selama ini mereka hanya ‘PAPET’ yang sememangnya tidak berfungsi? Atau menyepi diri takut duduk dibelakang Pak Lah kerana serangan bertubi daripada mantan PM yang menyerang pucuk pimpinan UMNO sejak sebelum dan selepas pilihanraya ke 12 tersebut. Malah telah mengugut secara keluar darpada UMNO mungkin dengan harapan ramai yang akan menjejakinya. Kini mungkin setelah andaian dan teori tidak terlaksana berusaha kembali kepada UMNO.
    Apakah motif semua ini berlaku?
    Adakah kerana rasa kecewa ‘PROJEK MEGA’ banyak yang terbatal?
    Atau kerana Pak lah dengan bantuan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang berhasrat ‘MEREFOMASIKAN’ system kehakiman Negara dan BPR? Persoalannya sekarang, apakah kesan terhadap refomasi kedua-dua JABATAN tersebut?
    2.3.1 Adakah ini membimbangkan sesetengah pemimpin UMNO dulu dan sekarang?
    2.3.2 Apakah kesannya kepada ‘mohon maaf’ kerajaan kepada bekas-bekas hakim yang dipecat zaman Tun M dahulu.
    2.3.3 Bagaimana dengan kes PEWAJA,MAS dan peristiwa berdarah MAMALI, proses pengharaman UMNO dan banyak lagi, yang mungkin kesan REFOMASI DUA JABATAN tersebut memberikan ruang dan peluang untuk memungkinkan dibuka kembali?
    2.4 Mengapakah YB Tan Seri Mahyudin Yassin Naib Presiden
    UMNO begitu lantang bersuara supaya Pak Lah cepat-
    cepat turun daripada jawatan Presiden UMNO Malaysia.?
    Apakah motif sebenarnya? Adakah demi agama,
    bangsa dan Negara Malaysia tercinta? Atau apakah
    SEBENARNYA yang tersirat?

    Semua persoalan ini perlu dihalusi dan difikirkan dengan sebaik, sehalus dan sematangnya oleh semua ahli-ahli UMNO yang selalu digunapakai oleh pimpinan tertinggi UMNO yang berkepentingan ‘sebagai kononnya’ ‘ KEHENDAK AKAR UMBI’ untuk menyokong kehendak dan citarasa mereka pada hal semua ini andaian mereka semata-mata. Demi untuk memberi bonos kehendak dan hasrat mereka.

    Akhirnya bersama kita berdoa supaya ahli-ahli UMNO diberikan keikhlasan , kematangan dan ilmu yang hebat oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil kerana dengan keikhlasan, kematangan dan ilmu sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO untuk kekal sebagai ‘ UMNO dulu, kini dan selamanya’

    ‘ SELAMAT BERPUASA DAN BERHARIRAYA’
    ‘MAAF ZAHIR DAN BATIN’

    Coretan oleh:
    Salahuddin bin Jantan
    KC UMNO Taman Mawar Fasa 5 Bahagian Pasir Gudang, Johor D.T. sebagai ‘SUARA AKAR UMBI’

    By SALAHUDDIN BI JANTAN on Sep 21, 2008

  1. 1 Trackback(s)

  2. Aug 6, 2008: Kelantankini - Berita Kelantan - Isu Politik Semasa - Terkini

Post a Comment