Pemilihan Umno paling buruk - Syed Hamid

KOTA TINGGI: Pemilihan cawangan Umno yang sedang berlangsung sekarang, adalah yang paling buruk pernah disaksikan, demikian pengakuan terbuka Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini (4 Ogos).

Menurut Syed Hamid, pemilihan Umno kali ini umpama hendak berperang dan berdasarkan pandangan peribadinya, secara keseluruhan politik wang sudah menjadi barah dan semakin merebak bukan hanya di peringkat tertinggi tetapi juga di akar umbi.

“Saya tidak pasti sama ada barah (politik wang) ini boleh diubati atau tidak, tetapi pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk… semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Kota Tinggi berkata, sepanjang pengalamannya menjadi ahli parti, pemilihan cawangan Umno sekarang adalah yang paling buruk dialami beliau.

“Pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk… semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadapi tentangan ahli perniagaan, Daing A Malik Daing Abdul Rahman di bahagian Kota Tinggi yang menyaksikan beliau masih ketinggalan dari segi jumlah pencalonan selepas hanya memperoleh empat pencalonan sehingga, kelmarin.

Syed Hamid berkata, pemilihan kali ini juga bukan sekadar menggunakan wang, tetapi ada calon yang turut menggunakan pengaruh luar dan mengeluarkan pelbagai ancaman kepada ahli untuk menakut-nakutkan mereka.

“Saya takut habis pemilihan nanti, bagaimana kita hendak memulihkan semula Umno… siapa pun yang jadi pemimpin selepas ini, perlu mengakui bahawa Umno berhadapan dengan masalah sekiranya, politik wang tidak dibanteras.

“Secara peribadi, saya berasa takut menyaksikan dan mendengar mengenai pemilihan pada peringkat cawangan kerana semua yang bertanding berhabis-habisan seperti esok nak kiamat… ini tidak harus berlaku, Umno akan rosak, rakyat akan menyampah melihat gelagat seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pemilihan Umno adalah proses demokrasi tetapi ia akan menimbulkan kesan negatif jika disalahgunakan.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb
  1. 7 Responses to “Pemilihan Umno paling buruk - Syed Hamid”

  2. Siannya pak hamid kite.. hari tu bukan main dok gelakkan anwar, haaa lenie hang rasalah macam mana org umeno pun tak suka ngko

    By PAK CHU on Aug 5, 2008

  3. Kalau nak tahu inilah dia bapak ISA Malaysia, rupa-rupanya orang bahagian dia sendiri dah meluat ngan pak syed ni.

    Itulah kamu masa dok gelak tak ingatkan nasib kamu tu. Sekarang takde sape nak tolong kamu lagi. Rasakanlah

    By Cikgu Wil on Aug 5, 2008

  4. Semua orang dah tahu umno ni kemaruk duit, kemaruk pompuan, kemaruk jawatan, kalau ada orang PR pun gila pangkat ha sama spesis laaa

    By anti rasuah on Aug 5, 2008

  5. pak amid kata barah politik wang makin hebat, berperang sungguh2. barah rasuah dipupuk sendiri oleh Umno camana nak mudah hilang.
    takkan dia baru tahu?
    maaf cakap, tak nama umno kalau tak ada rasuah. rasuah dah jadi minuman/makanan buat darah nanah puak2 ni.

    By tamu pulau melaka on Aug 6, 2008

  6. Dengar cite terbaru 2 orang kesayangan Pak Amid diBangunan MAYC telah juga disoal siasat oleh pihak BPR wilayah kerana salah guna wang untuk kegunaan politik Pak amid ni.. Rasuah kat kota tinggi pun ada, rasuah kat MAYC pun ada, tuduhan fitnah pun ada…

    By kodomolion on Aug 24, 2008

  7. Layari Bukti Pembongkaran Perbuatan Tidak Bertanggung Pak Amid dan Pengurusan MAYC dihttp://azaran-president.blogspot.com dibawah tajuk MAYC-Pengambilalihan Hutang MAYC.

    Mari kita BONGKARkan sikap Buruk pak Amid dan kutu kutunya.

    By kodomolion on Sep 25, 2008

  1. 1 Trackback(s)

  2. Aug 5, 2008: Kelantankini - Berita Kelantan - Isu Politik Semasa - Terkini

Post a Comment