Rafidah kesal sikap ghairah bekas Puteri Umno

ALOR STAR, 25 Mei: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato’ Seri Rafidah Aziz menyalahkan sikap segelintir bekas anggota Puteri yang baru menyertai Pergerakan berkenaan bertanding merebut jawatan sebagai salah satu punca sayap parti itu menjadi lemah.

Beliau berkata tindakan bertanding jawatan tertinggi dalam Pergerakan Wanita Umno boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan anggota sekaligus melemahkan parti.

Kata Rafidah, sepatutnya mereka bertanding untuk jawatan yang lebih kecil seperti ahli jawatankuasa, sekurang-kurangnya Wanita Umno boleh mendapat input yang baik daripada anak-anak muda dan membantu pergerakan mendekati anggota muda yang lain.

Jangan terlalu ghairah nak bertanding kerana bila dua tiga orang bertanding, akan wujud dua tiga puak dalam pergerakan, ini boleh mendatangkan masalah.

Saya ingin berpesan apabila masuk sahaja dalam Wanita Umno, janganlah terlalu cepat (hendak) bertanding untuk jawatan tertinggi

Sambungan (klik)..

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment