SMS ugut: Budaya kempen Umno tidak sihat

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan perbuatan berkempen menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan merupakan budaya tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita mesti menunjukkan bahawa kita mengamalkan demokrasi yang sihat dalam negara,” katanya ketika mengulas insiden Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang menerima lebih 10 SMS berbaur ugutan supaya mencalonkan gandingan pemimpin tertentu bagi jawatan tertinggi pada pemilihan Umno Mac depan.

“Saya tidak tahu siapa yang menghantar SMS seperti itu tapi perbuatan seperti mengugut melalui SMS ini membawa satu budaya yang buruk yang tak patut dilakukan oleh sesiapa sekalipun,’ katanya semalam.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata apa yang dilalui oleh Datuk Shahrir perlu diberi perhatian dan Lembaga Disiplin parti perlu mengambil tindakan sewajarnya.

“Malangnya Lembaga ini tidak mempunyai prasarana untuk mengendalikan kes-kes sebegini secara berkesan, (oleh itu) sebaik mungkin bagi Umno menggalakkan sistem antirasuah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebab parti kita belum nampak mampu tangani gejala ini,” katanya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pula berkata Datuk Shahrir perlu membuat laporan polis berhubung SMS ugutan itu.

Bernama

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment