Umno
- August 10, 2008
Sukar untuk Ku Li menang Presiden Umno
KUALA TERENGGANU: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai Presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.
“Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.
“Dulu mereka (Ketua Bahagian) yang pernah cabar Dato’ Seri Abdullah, sekarang senyap…saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang).
“(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihan raya, dia akan kalah,” katanya selepas menyampaikan syarahan di forum bertajuk “Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu” anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di sini semalam.
Pada 19 Julai lalu, sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunannya, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Umno Disember ini.
Cawangan yang bersidang itu membabitkan 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, sembilan cawangan dalam Dun Paloh dan enam cawangan dalam Dun Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.
Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan Timbalan Presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah kepada anggota Umno di cawangan lain di seluruh negara.
















untuk menempah iklan di web ini.






