Wanita Umno tiru formula Pak Lah

KUALA LUMPUR: Tan Sri Rafidah Aziz menuruti formula diguna pakai bosnya, Dato’ Seri Abdullah Badawi apabila mengumumkan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno sehingga pertengahan tahun depan.

Sehubungan itu Rafidah memutuskan akan mempertahan jawatannya pada pemilihan Umno Disember nanti.

Rafidah berkata, keputusan itu adalah bagi memastikan tiada pergolakan dan perpecahan dalam sayap parti itu pada pemilihan Disember ini.

“Pilihan ini dibuat bagi memastikan tiada pecah belah dan berpuak-puak dalam parti seperti yang berlaku satu ketika dahulu sehingga menyebabkan pihak pembangkang mengambil kesempatan,” demikian alasan Rafidah ketika mengumumkan akan mempertahan jawatannya pada pemilihan Umno nanti.

“Saya akan serahkan jawatan ini kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Saya tidak mahu meninggalkan Wanita dalam keadaan berpecah dan mengkucar-kacirkan parti,” tambah Rafidah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Wanita Umno Bersama Pemimpin yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, Isnin.

Menurut pelan peralihan kuasa kepimpinan Umno, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 2010.

Bookmark artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • MyShare
  • Technorati
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb

Post a Comment