TERKINITRAVEL

11 Pusat Rekreasi Terbaik di Kelantan

Aktiviti rekreasi bersama keluarga mempunyai banyak kebaikan selain dapat mengeratkan hubungan, ia juga boleh memberikan pengalaman, keseronokan, sambil mengalakkan gaya cara hidup yang sihat.

Di Kelantan, terdapat banyak pusat rekreasi pilihan anda pada hujung minggu untuk anda berkunjung jika mahu mendapatkan terapi minda bersama keluarga atau rakan-rakan.

Disini saya senaraikan 11 Pusat Rekreasi Terbaik di Kelantan pada hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah.

1. Air Terjun Jelawang

Air Terjun Jelawang terletak di Dabong, Kelantan merupakan air terjun yang paling tertinggi di Malaysia yang mempunyai beberapa tingkat.

Menjadi tarikan pelancong sama ada dalam dan luar negara kerana tempatnya yang cantik serta sangat sesuai bagi mereka sukakan aktiviti pengembaraan.

Perjalanan untuk sampai ke air terjun ini mengambil masa 3 jam dalam sekitar 2km yang agak mencabar.

Air Terjun ini sememangnya menjadi pilihan bagi mereka yang meminati aktiviti pendakian dan cintakan keindahan flora dan fauna.

Di puncak pula, terdapat jambatan gantung yang anda boleh laluinya dengan menyaksikan pemandangan yang indah serta menikmati panaroma yang segar.

Anda juga boleh bermalam di sebuah campsite yang terletak di sini jika anda mahu terokai lebih lanjut tempat ini.

2. Air Terjun Jeram Pasu

Air Terjun Jeram Pasu terletak di Padang Pak Amat, Pasir Putih Kelantan. Merupakan pusat rekreasi yang menyediakan pellbagai kemudahan seperti tandas awam, tempat rehat, musalla, restoran dan tempat letak kereta.

Kebiasaanya pengunjung datang ke sini untuk mendaki dan berkhemah dan berkelah kerana airnya sangat jernih dan memiliki panaroma yang sangat cantik.  

Sesuai juga untuk kanak-kanak bermandi-manda kerana mereka ada mengasingkan tempat bermain untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Tempat ini sangat sesuai untuk destinasi anda bersama keluarga.

3. Air Terjun Jeram Linang

Air Terjun Jeram Linang merupakan air terjun paling awal dimajukan di negeri Kelantan yang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.

Merupakan air terjun yang bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan penduduk tempatan.

Memiliki banyak kemudahan asas seperti tandas awam, musalla, tempat letak kereta, wakaf, restoran, chalet.

Tidak hairanlah, jika ramai yang datang ke sini untuk berkhemah ataupun berkelah bersama juga dan juga dijadikan tempat kem jati diri dari pelbagai institusi pengajian.

4. Kolam Air Panas Tok Bok

Kolam Air Panas Tok Bok merupakan kolam air panas paling digemari penduduk tempatan terutamanya pada waktu pagi.

Ianya adalah satu tempat yang sangat menarik perlu anda lawati jika mahu mendapatkan ketenangan jiwa atau terapi untuk tubuh secara semulajadi dan percuma.

Anda boleh berendam seberapa lama boleh dan sangat baik dalam pelancaran darah sambil menikmati pemandangan bukit bukau yang hijau yang pasti menenangkan jiwa. 

Pelbagai juga kemudahan yang disediakan demi keselesaan anda selain menikmati kesegaran air panas semulajadi. 

5. Gua Ikan

Gua ikan merupakan sebuah taman rekreasi yang menyimpan pelbagai habitat flora dan fauna yang semulajadi.

Terletak kira-kira 7 km dari pekan Dabong tanpa perlu meredah hutan. Kawasan ini sangat menarik dan sesuai dijadikan aktiviti perkelahan, mandi-manda kerana direntangi air sungai yang sangat jernih.

6. Taman Negara Kuala Koh

Taman Negara Kuala Koh terletak di Gua Musang bersempadan juga dengan negeri Pahang, Kelantan, dan Terengganu.

Dengan memiliki banyak aset semulajadi di sini khususnya kepelbagain kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai untuk dijadikan aktiviti pengembaraan sambil menikmati kelebihan alam semulajadi yang terdapat di sini.

Taman Negara Kuala Koh juga disediakan pelbagai kemudahan asas demi keselesaan pengunjung seperti tandas, surau, tempat letak kereta, chalet, restoran dan banyak lagi.

Pelbagai juga aktiviti menarik ditawarkan di sini seperti berkayak, mendaki bukit, berkhemah dan sebagainya yang pasti membuat anda seronok sepanjang berada di sini.

7. Lata Beringin

Lata Beringin juga antara salah satu air terjun yang tertinggi di Kelantan dengan ketinggian sebanyak 120 meter.

Merupakan lokasi paling nyaman untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang memiliki air terjun sangat jernih dan tenang.

Pelbagai juga kemudahan asas yang disediakan bagi mendapat keselesaan kepada pengunjung.

Jika tempat ini merupakan salah satu lokasi percutian anda, pasti membuat anda tidak kecewa kerana tempat ini benar-benar menarik dengan panaroma hutan dan sungai yang menakjubkan

8. Jeram Mengaji

Jeram Mengaji atau dulu dikenali dengan ‘Jeram Nenek’ merupakan pusat rekreasi yang dibangunkan pada tahun 2005.

Lokasinya terletak agak jauh dari jalan utama berbanding Jeram Pasu dan Jeram Linang membuatkan lokasinya jarang diketahui orang ramai akan kewujudannya.

Pelbagai juga kemudahan yang disediakan disini seperti tempat perkhemahan, hotel bajet dan asrama yang sangat sesuai dijadikan aktiviti rehlah, perkhemahan atau kem jati diri. 

9. Hutan Lipur Bukit Bakar

Hutan Lipur Bukit Bakar yang terletak sekitar 7 km dari bandar Machang merupakan hutan yang kaya dengan keindahan alam semulajadi menyimpan pelbagai spesis flora dan fauna.

Hutan Lipur menjadi daya tarikan penduduk tempatan sebagai tempat beristirehat bersama keluarga.

Dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti taman kanak-kanak, pondok rehat, kolam mandi, jambatan gantung dan berapa kemudahan asas untuk memberi keselesaan kepada pengunjung sambil menikmati kehijauan alam sekitar. 

10. Lata Rek

Lata Rek merupakan satu pusat rekreasi yang popular di Kuala Krai dan paling ramai dikunjungi pada hari terutamanya pada hari Jumaat.

Dinamakan dengan Lata Rek kerana mempunyai kawasan air terjun yang terbentang agak luas yang turun dari batu tinggi. Nama ini diilhamkan oleh orang asli suatu ketika dahulu.

Lata Rek menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelajar sekolah, penuntut universiti tentera atau badan sukarelawan yang sering melakukan aktiviti perkhemahan di sini.

Air terjunnya yang sangat bersih dan agak cetek sesuai juga dijadikan aktiviti perkelahan bersama keluarga.

Namun kemudahan penginapan tidak disediakan di sini kerana bimbang berlaku banjir yang akan membawa kerosakan terhadap struktur bangunan.

Akan tetapi, kemudahan asas seperti tandas, surau, gerai makanan terdapat di sini 

11. Tasik Pergau Sanctuary Resort

Tasik Pergau adalah sebuah destinasi menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi yang tersendiri.

Tasik ini dikelilingi hutan yang menghijau dan juga katakan tasik lebih tua daripada tasik Amazon, Brazil.

Paling menarik, pada waktu malam suhu di tasik ini mencecah 18 celsius seperti suhu di Cameron Highlands.

Dengan hanya RM70, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di chalet terapung yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) di tasik tersebut. 

Malah pelbagai juga kemudahan disediakan seperti surau, khemah, hostel, dewan makan dan bilik mandi.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close