MAKANTERKINI

11 Tempat Makan Paling Best di Kota Bharu (Wajib Singgah)

Ambo nok kongsi 11 tempat makan best di Kota Bharu. Sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian makanan. Makanan tradisional Kelantan, ala Thai, Chinnese, Barat Sumatera dan banyak lagi !

Satu perkara yang menarik tentang orang Kelantan adalah "kuat makan". Restoran boleh dijumpai selang 50-100 meter di Kota Bharu. Dan kesemua mereka ada pelanggan.

Sekarang mari ambo tunjuk restoran dan warung sedap di Kota Bharu. Ada yang pernah muncul dalam siri Jalan-Jalan Cari Makan. Ambo cuba pilih restoran yang orang tempatan suka. Selera lokal. 

1. Roti Titab Kopitiam Kita

Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan paling popular di Kota Bharu.

Kafe ini pernah viral sehingga dikunjungi ramai selebriti tempatan untuk menjamu selera di ini.

Menu popular yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Roti Titab.

Roti Titab merupakan roti bakar yang dihidang bersama telur dan seri kaya. Rasanya begitu terangkat. 

Selain itu, restoran berkonsepkan layan diri ini turut menghidangkan nasi lemak, nasi air dingin, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan yang dibuat terus daripada pembekal tempatan yang diyakini.

2. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Salah satu warung paling femes di Kelantan dan paling ramai dikunjungi para artis.

Warung Pak Mat terkenal dengan Sup Kepala Ikan Siakap dan Teh Tarik Madu.

Minuman Teh Tarik Madu berbuih Pak Mat  viral di kaca TV kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri disebabkan resipi pembuatan teh asli yang dicampur bukan sahaja madu tetapi juga susu tepung sehingga menghasilkan buih ini berjurai keluar.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah aiskrim kepada minuman tersebut untuk dijadikan float yang pasti rasanya lebih kaww.

Selain itu, sup daging dan ikan Pak Mat luar biasa sedap dan sangat sebati jika pekenakan dengan Teh Tarik Madu.

Lokasinya sangat mudah jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan bersebelahan Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat.

Lokasi: Medan Ikan Bakar Kuala Besar 

Waktu: 8 pagi - 4 petang

3. Nasi Ayam Madu Kampung

Restoran ini tidak ada nama. Letaknya di lorong Merican, belakang pasaraya Billion. 

Menu di kedai ini hanya satu iaitu Nasi Ayam Kampung Madu. 

Nasi Ayam Kampung Madu yang paling sedap admin pernah rasa. 1 ketul ayam memang tak cukup dan biasanya admin akan pesan 4 ketul ayam.

Tidak hairanlah jika kedai ini selalu dipenuhi orang ramai pada waktu pagi kerana Ayam Kampung Madunya sangat enak hingga menjilat jari.

Bagi pengunjung yang ingin merasai Ayam Madu Kampung paling legend di Kelantan di sini adalah tempatnya.

Resepinya memikat dan rasanya cukup lengkap.  Admin bagi 10 bintang dan jamin dapat memenuhi selera pengunjung yang datang di kedai ini.

Lokasi: Lorong Merican (belakang pasaraya Billion)

Waktu Operasi: 7 pagi - 1 tengahari

4. Lido Corner

Sumber: has2309.blogspot.com

Lido Corner atau lebih dikenali sebagai Nasi Sup Tepi Sungai merupakan restoran nasi sup yang dijamin dapat memenuhi selera pengunjung.

Menu paling power di sini ialah nasi sup daging bakar yang dicampurkan dengan sos manis yang rasanya begitu sebati apabila dimakan bersama nasi dan sup.

Daging bakarnya sangat lembut, apabila digigit akan rasa aliran rempah yang secukup rasa.

Selain daging bakar, restoran ini turut menyediakan menu seperti kambing bakar, ayam bakar, sup keting dan pelbagai lagi menu menarik !

Jika anda mahu merasai sendiri keunikan dan kesedapan nasi sup ini datanglah ke kedai makan ini apabila sampai di Kelantan. Admin jamin anda akan berpuas hati dengan rasa nasi sup disini.

Lokasi: 15200, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Waktu Operasi : 11:30 a.m – 5:00 p.m

5. Nasi Ulam Cikgu

Salah satu restoran yang wajib anda pergi jika mahu merasai makanan orang Kelantan.

Restoran ini cukup tersohor dengan sajian pelbagai jenis ulam-ulaman yang di makan bersama budu.

Turut menyediakan beraneka jenis lauk-pauk tradisional masyarakat Kelantan yang pastinya begitu kena dengan selera.

Berkonsepkan layan diri dimana pelanggan bebas memilih beraneka jenis lauk pauk bersama ulam-ulaman yang segar.

Tidak hairanlah jika setiap hari bermula jam 12 tengahari, restoran ini dipenuhi orang ramai.

Anda dinasihatkan datang sebelum jam 1 tengahari supaya dapat tempat duduk

Lokasi: Kampung Kraftangan, Kota Bharu

Waktu: 11 pagi - 5 petang

6. Syam Restoran

Restoran Syam ini cukup terkenal di seluruh Kelantan.

Restoran ini menyediakan pelbagai lauk pauk ala Thai yang dihidangkan di satu meja.

Selain itu, bagi menambahkan lagi pilihan menu, restoran ini turut menyediakan pelbagai masakan Chinese.

Penyediaan makanan di restoran ini setanding dengan restoran-restoran lain di Malaysia!

Menu paling sedap di Restoran Syam adalah Kengsom dan Ketam Telur Masin.

Kengsom ini merupakan masak pedas ala Thailand.

Rasanya sukar diluahkan menerusi perkataan. Hanya lidah yang dapat menikmati kesedapan.

Lokasi: Jalan Hospital

Waktu: 12 tengahari - 3 petang, 6 petang - 9 malam

7. Restoran Pantai

Salah satu pilihan kedai paling sedap dan terbaik untuk menikmati Masakan Ala Thai.

Bagi penggemar makanan Thailand yang original, anda wajib singgah di kedai ini kerana pelbagai pilihan makan ala Thai yang disediakan di sini.

Paling best harga semua makanan di sini berpatutan selain makanannya juga sedap dan dijamin sangat berbaloi.

Antara menu wajib untuk dipesan jika anda singgah ke sini adalah Miang Campur. Menu ni dalam talam. Beharga RM45 satu talam. Memang sedap ! Ikannya begitu garing betul serta udang yang besar-besar. 

Rata-rata semua yg sampai akan order menu ini.

Selain itu, daging bakar harimau menangis antara pilihan wajib pelanggan. Rasanya begitu enak makan sekali pasti nak lagi sehingga mengundang ingatan untuk kembali buat kali keduanya.

Pelbagai lagi menu yang sedap di sini. Sangat rugi kalau anda belum cuba.

Alamat Hostel Pantai, Kelantan: Lot 293, jln pantai cahaya bulan, kg badang, 15350, kota bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 6ptg - 12tgh malam. Tutup pada hari Selasa.

8. Nasi Kak Wook

Nasi Kak Wok Ini cukup terkenal. Pengasasnya dipanggil Kak Wok.

Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau.

Menunya amat mudah iaitu nasi berlauk ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil.

Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik serta sambal belacannya yang secukup rasa pastinya umphh ! Memang tidak akan didapati mana-mana tempat.  

Ada banyak tempat yang menjual nasi Kak Wok atau Nasi ala Kak Wok.

Namun gerai asal Nasi Kak Wok ini terletak di Lundang, belakang KBMC.

Lokasi: Lorong belakang KBMC

Waktu: 7 pagi - 12 tengahari

9. Restoran Pohon Nako

Restoran yang tidak asing lagi yang terletak di bandar Kota Bharu.

Restoran ini cukup dikenali dengan hidangan Nasi Sumatera yang menawarkan harga amat berpatutan sehingga pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut pada tahun 2016.

Antara menu yang ada di restoran ini ialah nasi kuah kari berlaukkan ayam kampung, ikan keli dan sambal sotong padu. Memang sedap dan berbaloi.

Selain itu, hidangan minuman seperti teh tarik madu dan teh beng hijau madu turut menjadi pujaan ramai.

Restoran ini boleh dikatakan restoran terbaik untuk menikmati makanan tengahari dan selalu dipenuhi orang ramai terutamanya pada waktu tenghari.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal dan ruang makan juga adalah terhad. 

10. KST Ikan Bakar

KST Ikan Bakar merupakan satu-satunya restoran ikan bakar yang terbesar di Kelantan.

Restoran ini terletak berdekatan dengan Wakaf Che Yeh dan mempunyai 3 cawangan di sekitarnya.

Terkenal dengan ikan bakar berempah cicah sambal belacan. Rasanya pedas dan sedap. Slurpp berdesik.

Selain menu ikan bakar, masakan laut juga terdapat di sini.

Bagi mengegemar makanan laut atau seafood  jangan lepaskan peluang untuk merasai pelbagai pilihan menu menarik di sini.

Antara menu yang cukup popular ialah seperti sotong goreng tepung, ketam mentega telur masin dan pelbagai lagi hidangan ala Thai yang lain.

Pelanggan boleh bebas memilih pilihan jenis seafood yang digemari sebelum ditimbang dan dipesan untuk dimasak menu pilihan masing-masing.

Lokasi: Batu 3, Wakaf Che Yeh

Waktu: 4.30 petang - 12 tengah malam

11. Telur Taliban Din Tokyo

Salah sebuah restoran legend di Kota Bharu. Nama restoran ini Restoran Din Tokyo.

Letaknya di dalam bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan stesyen bas. Menu terbaik kedai ini adalah telur taliban dan telur ping pong.

Telur taliban merupakan telur separuh masak yang sdikit cair.

Manakala telur ping pong adalah telur separuh masak yang hampir masak. Bentuknya sama seperti bola ping pong.

Lokasi: Jalan Tok Hakim (berdekatan RHB Kota Bharu)

Waktu: 7 pagi - 10 malam

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close