TERKINITRAVEL

9 Tempat Bersejarah di Kelantan

Negeri Kelantan terkenal dengan seni budaya tradisional yang unik dan juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik.

Merupakan sebuah Negeri Serendah Sekebun Bunga yang mana lahirnya pelbagai tokoh ulama' serta mengamalkan ciri-ciri pemerintahan islam.

Kebanyakan seni bina bangunan dan masjid di Kelantan menerapkan seni bina islam serta kepelbagaian seni bina yang klasik dan unik dibangunkan di sini.

Jom terokai 9 Tempat Bersejarah di Kelantan. 

1. Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi merupakan masjid Negeri yang terletak di Kota Bharu yang dibina pada tahun 1987.

Pada asalnya bangunan ini merupakan bangunan kayu kemudian diubah suai menjadi struktur bangunan yang unik dan klasik kerana pengaruh daripada Inggeris pada zaman dahulu yang mana mereka menggunakan batu marmar pada setiap binaan. 

Setiap dinding masjid pula dihiasi dengan kalimah-kalimah Allah dan ukiran ayat al-Quran.

Masjid ini boleh membuat seramai 2400 jemaah dengan keluasan 10,600 kaki dan menjadi tempat majlis ilmu sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.

2. Muzium Negeri Kelantan

Muziun Negeri Kelantan terletak di rounbout pokok kurma yang berhadapan dengan Bazar Tuan Padang.

Pada asalnya bangunan ini dimiliki oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Namun telah dirasmikan pembukaanya sebagai Muzium negeri Kelantan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990.

Muzium ini menyimpan pelbagai artifak dari zaman dahulu sehingga zaman moden.

Bangunan ini memiliki dua tingkat.

Di tingkat atas mempamerkan seni budaya Kelantan seperti makyong, wayang kulit, rebana ubi dan lain-lain lagi.

Manakala di tingkat bawah pula ruang pameran untuk disewa dan pejabat am dan pejabat pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

3. Muzium Wau

Muzium Wau terletak di Pantai Seri Tujuh, Tumpat merupakan sebuah muzium sebagai pusat rujukan dan maklumat perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia.

Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi Wau yang didatangkan dari negara lain seperti, Kemboja, Thailand, Jepun, buku-buku rujukan serta peralatan-peralatan membuat Wau.

Juga, sebagai tempat untuk belajar ilmu berkaitan wau tradisi dan layang-layang yang wujud di Malaysia.

Tujuan utama adalah untuk memelihara khazanah dan budaya tradisi tempatan. Muzium ini juga sering menjadi tarikan pelancong asing dan menjadikan antara salah satu destinasi percutian mereka.

4. Muzium Adat Istiadat

Muzium Adat Istiadat atau dikenali sebagai Istana Jahar merupakan muzium yang menempatkan pelbagai barangan antik, tradisional, senjata-senjata purba pada zaman dahulu.

Di sini juga anda boleh melihat dan belajar tentang adat istiadat diraja Kelantan seperti bertunang, perkahwinan, lenggang perut dan sebagainya.

Muzium ini juga merupakan istana tempat berse

5. Muzium Diraja Istana Batu

Muzium Diraja Istana Batu terletak di pusat bandar Kota Bharu berhadapan Kampung Kraftangan merupakan tempat kediaman Sultan Kelantan dan Kerabat Diraja pada zaman dahulu.

Muzium ini sering menjadi tarikan pelancong dan penyelidik untuk mempelajari sejarah salasilah, adat istiadat, kehidupan Kesultanan Kelantan.

Di sini juga turut mempamerkan sejarah Kesultanan Melayu Kelantan seperti gambar, pakaian rasmi dan barangan hadiah yang dimiliki Kesultanan Kelantan.

6. Gelanggang Seni

Gelanggang Seni di Kota Bharu merupakan tempat persembahan pelbagai aktiviti kebudayaan tradisional Kelantan seperti wayang kulit, silat ma’yong, persembahan muzik tradisional dan pelbagai lagi.

Tidak hairanlah ia menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan untuk membuat persembahan atau menyaksikan pelbagai persembahan seni budaya Kelantan.

Tempat ini salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk anda kunjungi jika anda mahu ketahui tentang keseniaan dan kebudayaan orang setempat.

Muzium ini boleh dimasuki secara percuma sahaja.

7. Muzium Islam

Muzium Islam antara salah satu tempat yang anda perlu lawati sekiranya melancong ke Kelantan.

Hal ini kerana ia memaparkan tentang sejarah islam atau asal usul islam di Kelantan. Juga pernah menjadi sebuah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan iaitu Almarhum Tok Guru Aziz Nik Mat pada tahun 1902.

Antara tarikan yang terkenal di sini adalah replika mumia firaun, artifak-artifak islam serta sejarah tokoh-tokoh islam yang terdahulu.

8. Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai Menara Rehal merupakan mercu tanda bagi negeri Kelantan.

Tempat ini menjadi kawasan utama tumpuan pelancong kerana memiliki pintu gerbang yang unik berunsurkan islam dari segi pembinaanya.

Pintu gerbang ini terletak berdekatan kawasan monumen sejarah di Kota Bharu.

Jika anda melancong ke sini, tempat ini adalah wajib untuk anda lawati kerana tempatnya sangat unik untuk menangkap gambar dan jadikan ia sebagai kenangan atau sebagai tanda anda pernah melancong di Kelantan.

9. Muzium Perang Bank Kerapu

Muzium Perang Bank Kerapu adalah merupakan bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Kota Bharu.

Dinamakan dengan ‘Bank Kerapu’ kerana permukaan simen yang di alas menggerutu dan merupakan bangunan pertama yang diperbuat daripada simen pada zaman dahulu.

Bangunan ini menjadi Bangunan Memorial Perang dunia kedua yang menyimpan pelbagai artifak, gambar serta artikel berkaitan dengan peperangan.

Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki Kota Bharu  juga ada dipamerkan di sini.

Tags
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close