HEBAHANTERKINI

Majlis Amanat Menteri Besar dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2020.

Kelantan terus melangkah kehadapan dengan mengekalkan urus tadbir cemerlang dengan rekod lebihan akaun Belanjawan 2019 sebanyak RM 45 Juta dan ia merupakan buat tahun ketiga berturut-turut.

(ADMIN) YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru bagi Tahun 2020 bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim. Majlis yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri turut dihadiri oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar dan pimpinan utama Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis tersebut merupakan satu platform bagi menilai pelaksanaan Dasar, Penilaian Prestasi serta Pencapaian dan kejayaan sepanjang tahun 2019 sebagai panduan dan persiapan bagi menghadapi cabaran tahun 2020 seterusnya berkongsi maklumat mengenai perkembangan negeri untuk disampaikan ke peringkat jabatan, jajahan dan seterusnya ke peringkat akar umbi.

Kelantan terus melangkah kehadapan dengan mengekalkan urus tadbir cemerlang dengan rekod lebihan akaun Belanjawan 2019 sebanyak RM 45 Juta dan ia merupakan buat tahun ketiga berturut-turut.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan tersebut, Menteri Besar telah mengistiharkan bonus tambahan sebanyak RM 500 kepada kakitangan awam negeri dan RM 250 untuk kakitangan lantikan politik .

Dalam amanat beliau, Menteri Besar turut menyatakan penghargaan kepada seluruh warga kerja perkhidmatan Awam Negeri Kelantan atas komitmen, keazaman dan kerja keras berpasukan yang ditunjukkan dalam melaksanakan segala tugas yang telah ditaklifkan sepanjang tahun 2019.

YAB Menteri Besar turut melancarkan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 berdasarkan Strategi Lautan hijau yang meliputi Nilai Sosial, Nilai Ekonomi dan Nilai Alam Sekeliling sebagai persedian menghadapi cabaran globalisasi dan industri 4.0 seterusnya pemacu kepada kepada kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025.

Diakhir ucapan beliau, dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah WT, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diatas Pemberian Khas (One Off) sebanyak RM 400 Juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Berikut adalah inti pati amanat Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad Bin Yakob:

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close